Isnin, 16 Januari 2012

Si Gila Dengan BMWnya...

sudah lama tidak bercerita mengenai gila, dan begitu lama juga tidak berjumpa dengan orang gila, maklum sahajalah sibuk dengan urusan dunia, tiada masa mengenguk sahabat-sahabat di sana, tidak jumpa bukan bermakna tidak ingat, itu juga mengingatkan kisah sesuatu ketika...

"Lama tak nampak?" soal si gila pada aku.

"Siapa suruh kau tak nampak?" aku menyoal semula.

"Nak nampak macam mana pakai spek hitam." sambil menarik cermin matanya. "Barulah nampak. Kau rupanya, aku ingatkan org gila mana tadi. ko ada bawak kereta BMW aku? lama aku tunggu."

"Kau tak kabar, macam mana aku nak bawa." perli aku.

"Kan aku dah suruh kau pergi polish. Ini mesti kau perhabiskan duit yang aku bagi. Tak baik tau kau buat macam ini. Allah marah."

"Laaa... aku ingat, kau suruh hantar pergi balai polis."

"Polis kata apa?" dia menyoal aku.

"Kau jangan buat aku peninglah." aku mengaru kepala. Berpusing akal melayan si gila.

"Baru tanya dah pening, belum soal lagi?"

aku diam sementara waktu. melihat sahaja kerenah sahabat lama. tak lama sesudah itu aku mula bersuara.

"Kau ada cerita, biasalah aku kalau datang mesti nak dengar cerita kau." aku menepuk bahunya.

"Kau jangan nak meraba aku. Dosa."

"bila masa aku meraba ko? aku cuit je."

"cuit tak apa... kau nak ceritakan, aku memang simpankan untuk kau ini."

"Apa dia, ceritalah."

dia mengeluarkan kertas di poket seluar.

"Macam ini ceritanya... semalam aku keluar sahaja nak jalan-jalan, bosanlah duduk sini. tengah laju aku bawa kereta, jalan punya jalan. aku nampak pempuan lawa. cun gila, kalah orang gila. aku tanyalah dia, nak pergi mana. dia diam. aku tanya lagi, nak naik BMW tak. dia diam lagi. aku tanyalah lagi, bisu ke. dia jawap. kalau bisu taklah bersuara. aku tanya lagi, kalau macam itu kenapa diam. dia jawap, diam itu lebih baik dari berkata-kata. macam itulah ceritanya."

"apa motif kau cerita benda ini?" aku dah lama mengaru kepala.

"betullah."

"Apa yang betul tiba-tiba ini?" makin pening aku di buatnya.

"masa dah tamat, aku nak pergi motivasi ini. karang lambat, kena marah."

macam lipas kudung dia lari. tak sampai sepuluh langkah aku gerak. dia datang balik.

"kau nak apa?"

"aku nak mintak tolong ini?"

"tolong ape?"

"parkingkan BMW aku."

"Kau kan tengah bawa ini." sambil tunjukkan stering kereta yang dia tengah pegang.

"aku nak bagilah ini, kalau aku bawa masuk dalam itu, nanti orang kata aku gila."

"Yelah, bak sini."

"Kasi basuh, polish sekali... terima kasih dan jumpa lagi... Assalammualaikum."

aku senyum sahaja. melihatkan gelagat dia. nak buat macam mana. sudah itu yang difikirkan terbaik untuk dirinya. Waalaikumsalam. aku jawap dalam hati.

-tamat-

0 ulasan:

Catat Ulasan