Isnin, 16 Januari 2012

Cerita Itu Terukir...

Kasih sayang terpancar di jendela
Hangat kerinduan bersemi
Berdenyut kencang memandang-mandang
Wajah di sana sini
Resah terhapus, airmata tiba-tiba jelma

Cerita itu terukir
Menyelongkar rasa
Sejuta tanda tanya
Terpadam jua

Pantas berlalu masa
Tiada tertinggal satupun jua

Kehadiran seketika, menghirup setia
Moga terbina,
Ikatan cinta dalam babak rindu
Lakaran terpampang di bingkai jendela
Di tutup rapat tetap terbuka juga
Moga terbukti selamanya tetap bersama
Buka tutup mata

Wajah di sana sini
Di dakap semakin rindu
Airmata rintik deras tiba-tiba jelma

Cerita itu terukir
Menyelongkar rasa sejuta tanda tanya

Dalam satu, jawapan tiada
Moga terbina,
Ikatan cinta dalam babak rindu
Lakaran terpampang di bingkai jendela
Di tutup rapat tetap terbuka juga
Buka tutup mata terbukti kelihatan
Gelap terang rasa sama

0 ulasan:

Catat Ulasan