Khamis, 9 Julai 2009

Sampai Ketemu Mu…

Meraba-raba mengapai langit tinggi…
Mendaki gunung mengejar mahligai…
Kaki melangkah tersepit terpaut duri…
Hajat dihati ingin terbang mencari Illahi…
Namun tiada ruang untuk menerokai…

Dalam lautan hidup kehidupan…
Berenang-renang tanpa batasan…
Makan di makan tidak dipedulikan…
Hanya mengetahui diri dijadikan…
Dimana diletakkan nanti tidak difikirkan…

Kalimah tertera menyebut Dia…
WujudNya pula tiada tempat tepatnya…
Mata memerhati mencari cahaya…
Atas bawah kiri kanan tiada jua…
Tiada yang serupa manakah Dia…

Muhammad berkata Allah mendengar…
Melihat memerhati setiap gerak geri…
Berkata disebalik halangan dinding…
Hatiku bergoncang ingin mengetahui…
akal menerjah lalu berkata…
Sesungguhnya hanya Allah maha mengetahui…

Disebalik bayang gelap malap…
Dikejar digapai tidak dirasa…
Hanya mengetahui Allah itu ada…
Menitis air mengharapkan berjumpa…
Tetapi apakan daya…
Muhammad mendahului segala…
Aku hamba hina tentu ke neraka…
Mengharapkan kalimah sampai bila…

0 ulasan:

Catat Ulasan