Jumaat, 10 Julai 2009

Merana kerana ada

Sayup angin memintas padi...
Menerbangkan dedaun untuk membiak...
Menarik burung untuk menyerang...
Terpacak orang-orang memerhati...
Lari musuh kerana bisu...

Berdiri termanggu hanya membisu...
Tegak terpacak melayan sengketa...
Hidup mati tidak tahu akan halnya...
Memerhati bendang untuk tuannya...
Susah diri kerana ada...

Putih hitam dibiarkan saja...
Hendak melawan langkah tiada...
Hendak berkata tiada suara...
Hanya air mengalir tanda doa...
Kerana padi diri merana...

0 ulasan:

Catat Ulasan