Selasa, 10 September 2013

Kututup Tembok Besi...

Satu hari itu
sepatutnya seribu tahun baru berlaku;
Menjerit ke dalam muka
berteriak memanggil nama.

Aku merenung diatas jatuhnya anak sungai
ia sudah lama menuang diri;
Hanya ia, hanya ia kelihatan
ia menuang memenuhkan kedalaman.

Hanya ia, hanya ia kelihatan
aliran sungai membawa pendirian;
Tiada henti habisnya biarpun kuceduk buang
aliran sentiasa datang.

Adakah satu-satu jalan akan jadi?
Kututup, membina tembok besi;
Sepatutnya seribu tahun baru berlaku
aku tidak mempunyai kawalanku.

Tiada henti aliran sungai
satu-satu jalan, kututup tembok besi;
Seribu tahun nanti akan kualihkan ini.

Kutahu ia membuak
menolak-nolak kian membina ombak;
Kututup kerana tiada mempunyai kawalanku
persediaanku ternyata gila bagiku.

Seribu tahun kubina
pendirian anak sungai di dalam jiwa;
Membuak-buak memberontak
akankah berkecai besi ditolak?

Sehingga kini masihku bina besi
tabah mengharungi ini;
Aliran yang tiada henti,
berhentilah anak sungai
aku bukan laut untuk kau renangi.

Akankah henti aliran ini?
Ia henti, aku mati;
kerana sungai adalah aku
aku halang diriku, bertemu aku.

Wahai! aliran sungai.
Cukup kau renjiskan wajahku di wajahmu;
satu-satu jalan, kututup tembok besi.

Gelap Gelita Lurusku?

Sekali lagi
jangan mengharap pergi;
Perkara berlaku, benar-benarku tahu
sepatutnya bukan begitu.

Jika sepatutnya begini,
kebanyakkan rintik hujan akan terhempas;
Dan, aku akan terlepas
kebanyakkan kita akan terlepas.

Berbelah bagi, kelam-kelam air pergi
bukan lama tengkujuh itu ke mari;
Tidak usah berlari
mari kita sama-sama diri.

Bukanlah diri yang mengaku,
tuhan itu tetap satu;
Tempat terbaik apabila merasa
benda-benda bergerak sebelum kopak.

Satu perbohongan melekat memberitahu,
Tidakkah kau berjalan lurus dihadapanku?

Dan, aku menyaksikan
ya, aku menyaksikan;
Gelap gelita disekelilingku, dimana lurusku?
Tempat terbaik apabila merasa
benda-benda bergerak sebelum kopak.

Jika sepatutnya begini,
kebanyakkan rintik hujan akan terhempas;
Dan, aku akan terhempas
kebanyakkan kita akan terhempas.

Bara Jadi Debu...

Hatiku luka
dicemari sebilangan bara;
Tidakkah kau tahu?
bahawasanya ia sudah tepu.

Mari ulangi lagi
ataupun berakhir dengan satu titik pergi;
Hatiku sudah mampat, penuh sesak
ditindih bara bermain rebak.

Sekali lagi
mari ulangi;
Biar kugenggam bara sehingga berapi
dapatlah aku jerang air cili.

Mendidih ditidih
berselang-seli dengan sedih.

Biar kugenggam bara sehingga berapi
dapatlah aku jerang air cili;
Siram, tuangkan kepadaku
biar ia semakin bertalu-talu.

Sekali lagi
mari ulangi;
Tidakkah kau tahu?
bahawasanya ia sudah tepu.

Di hatiku sudah tepu
bara dibakar lama-lama jadi debu;
Hatiku sudah tepu
mari ulangi, biar cepat jadi debu.

Dan, Gelap Gelita...

Dan, apabila kulihat tiadagelap gelita, tiada daya;
Dan, aku kaku
bagiku itulah aku.

Dan, kugerak-gerak
bagai gelap berarak;
Dan, itulah aku.

Musnah, musnah, musnahlah
semu daya dalam bicara;
Kau penglihatan
bagiku lihat.

Warna gelap kian ligat
satu-satu bergerak giat;
Dan, penuh padat rapat
rapat.

Dan, aku buntu mencari itu
bagai mencari semut hitam di celah hitam batu;
Dan, ketika gelap gelita
Dan, aku kaku.

Bagiku itulah aku
dan, gerak-gerakku;
Kau penglihatan
bagiku lihat.

Dan, apabila kulihat tiada
gelap gelita, tiada daya;
Bagai gelap berarak
Dan, itulah aku.

Dan, aku kaku
bagiku itulah aku.

Musnah, musnah, musnahlah
semu daya dalam bicara;
Dan, aku tidak tahu
rahsia gelita itulah aku.



nota kaki : Semu daya - muslihat