Selasa, 10 September 2013

Kututup Tembok Besi...

Satu hari itu
sepatutnya seribu tahun baru berlaku;
Menjerit ke dalam muka
berteriak memanggil nama.

Aku merenung diatas jatuhnya anak sungai
ia sudah lama menuang diri;
Hanya ia, hanya ia kelihatan
ia menuang memenuhkan kedalaman.

Hanya ia, hanya ia kelihatan
aliran sungai membawa pendirian;
Tiada henti habisnya biarpun kuceduk buang
aliran sentiasa datang.

Adakah satu-satu jalan akan jadi?
Kututup, membina tembok besi;
Sepatutnya seribu tahun baru berlaku
aku tidak mempunyai kawalanku.

Tiada henti aliran sungai
satu-satu jalan, kututup tembok besi;
Seribu tahun nanti akan kualihkan ini.

Kutahu ia membuak
menolak-nolak kian membina ombak;
Kututup kerana tiada mempunyai kawalanku
persediaanku ternyata gila bagiku.

Seribu tahun kubina
pendirian anak sungai di dalam jiwa;
Membuak-buak memberontak
akankah berkecai besi ditolak?

Sehingga kini masihku bina besi
tabah mengharungi ini;
Aliran yang tiada henti,
berhentilah anak sungai
aku bukan laut untuk kau renangi.

Akankah henti aliran ini?
Ia henti, aku mati;
kerana sungai adalah aku
aku halang diriku, bertemu aku.

Wahai! aliran sungai.
Cukup kau renjiskan wajahku di wajahmu;
satu-satu jalan, kututup tembok besi.

0 ulasan:

Catat Ulasan