Isnin, 22 Ogos 2011

Memandang Bulan...

Aku memandang bulan di langit
Tatkala itu ku dengar kocakan ombak
Menerjah detikan akal yang mula berfungsi
Sebelum ini tak pernah percaya
Bulan boleh hilang sekelip mata

Sehingga satu ketika
Daun itu mula gugur pada dahan
Layu, kering
Akhirnya hilang

Aku tertanya sedalam mana terdaya
Apakah titik-titik terakhir itu?
Terang, gelap
Ada, tiada
Buka, tutup
Lena, jaga
Dua perbezaan kata
Seakan sama apa adanya

Terang dalam gelap
Sekelip mata ada dalam tiada
Buka dalam tutup suara
Lena dalam jaga perjalanan
Berakhirnya itu titik permulaan
Permulaan itu titik pengakhiran

Titik itu tetap bulat
Bagai bulan
Tidak penuh, tidaklah dipanggil purnama
Bagaikan kertas putih
Apabila dilakar
Jadilah begini. (Bernoktahkan Hitam)
Ia akan berada diakhir ayat
Jarang belaku tanda ini ?

0 ulasan:

Catat Ulasan