Sabtu, 13 Ogos 2011

Inikah Saat Akhir Perjuangan?

Darah mula menitis
Membasahkan lingkaran bumi
Menjalar dengan seksa
Menikam urat-urat nadi

Menghalang setiap fikiran
Menerjah masuk dalam kepayahan
Lelaki itu berjuang berterusan
Berikrar dengan dirinya sendiri
Tidak, tidak
Tidak akan tumpah darah terakhir di sini

Apa yang dia rasa
Apa yang dia tahu
Tidak, tidak
Tidak mungkin tidak nampak
Jika terlanggar
Tiadalah lagi masa
Hanya tinggal titik hitam
Berterusan BERNOKTAHKAN HITAM

Apa yang dia rasa
Apa yang dia tahu
Tidak, tidak
Tidak mungkin tidak nampak
Jika bertemu
Hanya yang tinggal titik hitam
Berterusan BERNOKTAHKAN HITAM

Dan lelaki itu
Terus melangkah berterusan
Berikrar dengan dirinya sendiri
Tidak, tidak
Tidak akan tumpah darah terakhir di sini

0 ulasan:

Catat Ulasan