Selasa, 3 September 2013

Gelap Gelita...

Tadi kucari
di arus air mati;
Kanan kiri depan belakang
ombak tak renang.

Kukabarkan pada bulan bintang
ia diam, hatiku walang;
Kutanya pada malam
ia turut sama diam.

Kucari pada siapa akan kukata
kupandang sekeliling gelap gelita;
Sunyi diam bisu
kaku lesu.

Jika kau bersamaku
pasti kau pun tahu;
Dengar dan berikan jawaban
tentang apa dikatakan.

Aku kemudi bahtera
di dalam dinding bahtera;
Aku, ia tidak lihat
kerana terlalu rapat.

0 ulasan:

Catat Ulasan