Selasa, 10 September 2013

Aku Bagai Dilanggar

Mungkin nadaku tinggi
hingga petir berbunyi;
Namun tiada niatku
mengguris rasa dihatimu.

Mungkin aku lelah menyimpan
menternak sarang tembuan;
Namun dengarlah
benar-benar aku lelah.

Tiada kata dapatku karang
bagai ada tembok penghalang;
Namun kugagahkan daya
kerana aku amat percaya.

Ini kuukir untuk kau
hanya untuk kau;
Dengar dengar dengar
aku bagai dilanggar.

Tidak bolehkah sesaat ia tidak datang?
aku benar-benar diserang;
Kau dengar, apakah aku dengar?
aku bagai dilanggar.

Jujur dihati aku sayang
tiada niat untukku garang;
Ia datang, aku diserang
tidak bolehkah sesaat aku tenang?

Aku harap malam ini
semua mimpi berlalu pergi;
Kerana aku percaya, Allah
hanya berikan indah.

Kau percaya
maka, kau aku mulakan tanpa sangka;
Satu masa aku mati
maka, segala ini perlu kucurah pernuh bakti.

Doakan aku....
sekali lagi, ia serang aku...

0 ulasan:

Catat Ulasan