Rabu, 21 Ogos 2013

Leta Lauh... (turun warna di papan yang bertulis)



Apakah ini suratan
melanda dipelabuhan;
Kail yang di cipta
langsung turun leta.

Bak ombak melakar gunung
tingginya bikin raung.

Terpedaya
dengan gerak gaya;
Dia mengetahui maksud
biarpun menyimpan dalam bersut.

Biar berjuta henjutan
sudah lama terlepas ikatan;
Bahtera tanpa tali sauh
bawalah ke mana akan di lauh.

Tulis bukan sekadar rasa
tapi melihat dengan mata kepala;
Takdir petemuan tidak perlu rancang
ia sentiasa terang benderang.

0 ulasan:

Catat Ulasan