Rabu, 21 Ogos 2013

Laci Kosong...

Sukar melirik jarimengutuskan irama puisi;
Kerana akalku henti
kosong dalam hati.

Digantung tanpa tali
menyusur kehidupan realiti;
Sukar untukku cari
satu tersembunyi di infiniti laci.

Aku sorong aku tarik
harap bertemu kilauan manik;
Aku buka kosong
tutup lagilah losong kosong.

Dan aku sorong aku tarik
harap bertemu kilauan manik;
Aku buka kosong
tutup lagilah losong kosong.

Dan lagi aku sorong aku tarik
harap bertemu kilauan manik;
Aku buka kosong
tutup lagilah losong kosong.

Dan aku berulang cuba
biarpun terakhir kali berputus asa;
Aku sorong aku tarik
harap bertemu kilauan manik.

Aku buka kosong
jeritku bagai ke arah pesong;
Aku tutup ber­bondong-bondong
setiap laci terbuka kosong.

Air tenang memantulkan rupa,
Aku bertanya
mana laci belum dibuka?
Pantas ia menjawab : "Aku".

0 ulasan:

Catat Ulasan