Rabu, 21 Ogos 2013

Kenal Mengenali...

Membongkar sunyibersama jari berdendang nanyi;
Tiada rahsia perlu disembunyi
biarpun guruh berdentum menyuruh hujan henti.

Merempuh masa mencari pelbagai ikhtiar
mengayuh mengambil iktibar
kisah lama disebar;
Tiada ditutup duka sedih jelma
tiada jua ditutup suka tawa gembira.

Kenal aku dalam aku
hanya mainan senda gurau;
Kenal Dia Hidup tidak akan mati
malah Berkehendak tidak dapat dihalangi.

Apakah tersasul kata
hingga mengundang dusta;
Bergerak-gerak jantung
tanpa perlu dihitung.

Mati, tiada hidupnya aku
walau dahulunya aku
tidak dihembuskan menjadi manusia baru;
Aku dibangkitkan dari mati melihat indah
disuruh percaya tiada tuhan selain Allah;
Merangkak berjalan bertongkat
mencari sakti kiranya dapat
digenggam La Ilaha semoga rapat
sekalian dengar baca lihat
aku kembali asal, mati tertutup dengan tanah padat.

Apakah tersasul kata
hingga tidak ternampak terang cahaya;
Apakah aku memiliki sakti
andai merahsiakan siapa Dia yang Maha Kasih Menyayangi?
Andai sakti aku miliki
bagaimana dengan Al-Quran yang diturunkan ke bumi?
bukankah itu kata-kata Allah yang Maha Mengetahui.

Allah tidak pernah merahsiakan Diri
untuk apa menutup DiriNya Sendiri
andai menciptakan alam untuk Diri dikenali?

0 ulasan:

Catat Ulasan