Rabu, 21 Ogos 2013

Belayar Mencari Penawar 54...

Sekian lama menyepi
menyelongkar tirai mimpi;
Ini bukan mimpi tapi realiti
mungkin hanya aku tidak menyedari.

...Hingga kini...
Aku masih mencari
tentang soalan terlekat di hati;
Apakah aku cari?
masihkah berjalan atau sudah terhenti?.

...Terketar-ketar...
Belayar mencari penawar
ditanduk hujung ombak damar;
Dimana ia datang
di situ ia berhenti bertandang.

Bukakan pintu gerbang hati
siram bunga selamanya kudup.
Dari mati kembali mati
dari hidup kembali hidup;

Antara jalan mahupun henti
tetap lautan aku harungi.

0 ulasan:

Catat Ulasan