Sabtu, 27 April 2013

Belayar Mencari Penawar 51 (Mengira, Meneka Jumlah)


Mungkinkah aku pentafsir
mengolah bebola pasir
dalam tiupan angin desir
yang hanya menyebabkan tersisir

Umpama ombak
mudah tercampak
hanya kerana angin turut bermain

Biarpun pasir dipijak ~ dilangkah
tetap cekal diterjah
tetap tabah
walaupun terpaksa berpisah
satu demi satu demi satu ~ dan bertambah
akhirnya kosong jumlah

Mustahil pasir akan musnah
mustahil hilang tanah
ketiadaannya petanda punah

Selagi ia ada
dapatkah aku mengira
Selagi ia ada
dapatkah aku meneka

Tafsiran tersasar
dan akan terus belayar
tiada tawar-menawar
dalam mencari penawar

0 ulasan:

Catat Ulasan