Jumaat, 26 April 2013

Belayar Mencari Penawar 50... (Tetap)


Mencanak-canak paluan ombak
bagai pacakan tombak
kena kulit rabak

Hangat matahari membidas lautan
ombak tegas dalam haluan;
Tiada di kira gah mahupun lemah
semua diterjah ~ disergah.

Aku ciptakan bilangan
dalam kiraan tiada hitungan;
Menjalin pelbagai langkah
antara sedia mahupun gundah.

Tersedia sebab dalam tutup buka
mencari maya dan nyata;
Biar layar di pukul di sepak
esok lusa pastikan penawar di tapak.

Laut masin, laut tawar
bunga teratai, bunga mawar;
Biarpun sepah perangkap ~ sawar
tetaplah belayar mencari penawar

0 ulasan:

Catat Ulasan