Jumaat, 19 Oktober 2012

Wajahmu Memori...


Tunjukkan aku
Bunga putik
Setia mengetuk nadi
Bergetar tidak henti
Wajahmu memori
Tidak terlepas dan pergi

Selafaz ku cuba dekati
Menyentuh belaian kerinduan ini
Dalam gelita sepi sunyi
Menyusun kalimah suci

Memaksa merentap jiwa
Langkah ku kian gila
Bayangmu terpancar dimana-mana
Bagai kaca bertaburan menjadi luka
Penawar hanya bersemuka

Aku pejamkan mata
Cuba menarik minda mengukir kata
Dalam titisan hujan kaca
Mengalir sungai merah setia

Wajahmu memori
Tidak terlepas dan pergi
Sentiasa mengetuk nadi agar berdiri
Biarpun hilai tawa mereka
Mendoakan kita mati

Di sini aku masih berdiri
Kerana kau turut berdiri
Biar hilai tawa mereka
Inginkan kita mati

0 ulasan:

Catat Ulasan