Selasa, 16 Oktober 2012

Satu Madah Akhir...


Jangan kecewa
Jika cahaya mematahkan hati
Berterusan menghentak nadi
Cuba menghancurkan
Sepertimana kaca jatuh berderai

Tiada yang terhenti kecuali mati
Bahawa ia membawa pengabadian
Kekal, selama lamanya
Tidak terpisah tidak terputus
Biarpun tiada angin menghembus

Terlalu banyak merancang
Sehingga berlegar bulan mengambang
Menjadi matahari panas menikam
Keras membakar menerbangkan debu hitam
Berselerak, mendung menyapa seakan malam

Terlalu banyak berkata
Kerinduan kecintaan
Kesakitan kuat untuk berjumpa
Membebaskan, merungkai babak setia
Jauh sekali, perhiasan dunia cuma

Perlukah kau tahu
Betapa aku merinduimu
Satu madah terakhir
Cukup mengatakan
Perlukah kau tahu?

0 ulasan:

Catat Ulasan