Ahad, 2 September 2012

Keyakinan...

Keyakinan...

Semakin hari semakin kosong
Lakaran kian mempamirkan usang
Buntu menerjah mengelapkan ruang
Tanaman tumbuh menjadi lalang

Keinginan terbang bagaikan burung
Semakin hampir jatuh ke gaung
Ibarat menyelam tidak pernah timbul
Lemas diruang cetek yang bersimpul

Biarkan hujan merintik dihari siang
Biarkan mendung menutup bulan terang
Selagi ada ruang nafas
Selagi itu teruslah berjuang

Tidak perlu mengadakan apa yang tiada
Carilah pada yang kekal untuk selama
Agar sentiasa melihat, biarpun buta tanpa mata
Kerana keyakinan itu bukan terletak pada mata

1 ulasan:

  1. ya perjuangan tidak akan berakhir selagi hayat di kandung badan!

    BalasPadam