Khamis, 13 September 2012

Sudah berkali...

Sudah berkali
Bisikan kasih berkumandang di udara
Namun langsung tidak mencuit hati
Mungkin mati terkulai rasa
Tidak kenal nyata mahupun dusta

Jalan panjang sesat meronta
Buta meraba-raba
Kanan kiri kelihatan sama
Dicapai menjadi hidangan pembuka selera
Tidak endah bahaya sentiasa memeluk mesra
Kerana lapar dan dahaga

Akhirnya ia merayu
Apabila berada dijalan buntu
Tidak tahu
Hanya berserah pada yang satu

Sudah berkali
Hatinya mati
Ditikam-tikam tanpa henti
Bagaikan sudah lali
Cukup lali

0 ulasan:

Catat Ulasan