Jumaat, 27 Julai 2012

Sunyi...

Berjalan dipenghujung sepi
Menanti titik berhenti
Merantau bayang dan mencari
Memandang langit dan bumi

Warna-warna pagi
Hilang seri
Menjadi kelam sunyi
Tiada diberi mentari
Jika ada, diselubungi
Gelap malam hari

Berselimut luruh hati
Bagai gugur bunga teratai
Di tasik penuh air wangi
Hendak disunting layu terkulai
Hendak dibuang jadi bisu buta tuli

Kau datang pergi sendiri
Dekat jauh tanpa tepi
Ada wajah di sana sini
Tanpa arah patah kaki
Sangkakan pelangi rupanya api

0 ulasan:

Catat Ulasan