Khamis, 24 November 2011

Kau Rasa Getaran Di Jantungmu...

Aku rindu saat bersamamu
Aku benar-benar cinta akanmu
Kau lihatlah aku
Kau rasa getaran di jantungmu
Itulah aku, itulah tanda cintaku

Saat itu amat menyakitkan buatku
Terlalu kuat keinginanku
Melihat kau buka mata
Dan terus berpeluk mesra
Namun suratan jalan beza
Cinta rindu tetapkan sama

Beritahu aku
Kau cinta padaku
Bisik pada aku
"Aku rindu padamu"

Tiada apa dapat aku serah
Sebagai hadiah tanda cintaku padamu
Hanya ini, peganglah dadamu, peluklah aku
Kau rasa getaran di jantungmu
Itulah aku, itulah tanda cintaku

Biarpun kau menangis
Berairmata ketika ini
Kerana cintaku
Biar aku pergi
Asalkan cintaku kekal dihatimu

Jika kau rindu, sebutlah namaku
Kau rasa getaran di jantungmu
Itulah aku, itulah tanda cintaku
Kau rasa getaran di jantungmu
Kita telah bersatu, biarpun tiada aku

0 ulasan:

Catat Ulasan