Isnin, 21 November 2011

Cerita...

Mungkin cerita kali ini berlainan dengan cerita sebelumnya. Namun tetaplah sama. Pernah satu kejadian menerpa, di pandangnya segala tiada. Bukan itu hendak dicerita. Pandangan memikirkan di mana dapat di cari seteguk air buat bekalan ahli keluarga. Di teroka namun hampa. Akhirnya keputusan bulat di ambil. Dipandangnya bungkusan kosong didepan mata. Alangkah indahnya jika bungkusan ini penuh untuk di bawa berjumpa keluarga. Dalam hatinya berkata. Airmatanya menitis resah, malam sekian menjelma. Parahlah, jika tidak dapat dibawa. Dia melutut, tidak tahu untuk apa. Airmatanya mengalir kecewa. Namun tiada marah melanda, kerana pada dia itulah cerita kisah hidupnya. Jika di beri merana, meranalah juga. Namun, dia kata, Allah tidak akan membebani hambaNya yang berjalan menujuNya." Puas dia melihat bungkusan ini. Diangkatnya, biarpun resah, mengalir airmata. Dia berkata, "Akan aku pulang tanpa apa-apa, biarpun keluarga akan kecewa." Lantas dia menuju jalan pulang, dia sedaya upaya mengukir senyuman. Biarpun resah bersarang. Dia tidak ingin keluarganya melihat dia dalam keadaan kecewa. Maka, diberikannya bungusan pada isteri. Dan isterinya bertanya, "Apakah isi didalamnya?" maka dia berkata "Makan sahaja apapun yang ada di dalamnya. Kerana aku tidak tahu, adakah atau tiada?" Isterinya mengalirkan airmata. Tahulah dia di dalamnya tiada apa. Namun isterinya berkata "Alhamdulillah, kita telah berusaha, jika ini kehendakNya maka terima dengan terbuka.". Isterinya membuka bungkusan itu, terlihatlah hidangan penyedap rasa. Isterinya kembali. "Bagaimana ia boleh berada didalam, jangan dibawa-bawa resah, andai sudah ada" maka lelaki itu kehairanan. "Ya Allah, syukur aku hanya padaMu, sesungguhnya aku tidak tahu, bagaimana ia boleh ada di dalamnya. Jika ada maka ingatlah Dia. Dia akan mengingat akanmu."

0 ulasan:

Catat Ulasan