Isnin, 21 November 2011

Basahlah Kertas Ukiran...

hujan turun basahlah kertas ukiran
tidak tahu kenapa ia melanda membikin keresahan
mungkin kerana cerita secara kebetulan
lakaran-lakaran menerjah melontar keluasan

biarpun sempit lorong kehidupan
ada dalam ketiadaan
tiada dalam keadaan
kering kontang meminta pertolongan

Ya Allah, Kau berkehendak menciptakan
biarpun tidak kelihatan
satu persatu tujuan
tetaplah ada semua itu kebahagiaan

0 ulasan:

Catat Ulasan