Ahad, 16 Oktober 2011

Bungkusan Padat...

Ke timur ke barat
membawa bungkusan padat, sarat
Hingga berselirat, penat
namun tidak ke temu penamat

Ada rupa, ada jiwa
Pelbagai-bagai warna
merah, putih,
hitam menerjah
Bercampur gaul semua
menjadi perisa
penambah rasa

Alunan ombak terpaku
melihat bungkusan menjunam laju
Berterabur, bersepah ruah
di setiap-setiap arah

Ada jumpa, terlihatlah rupa
Ada jumpa, terlihatlah jiwa
Ada jumpa, terlihatlah merah,
putih atau hitam warna
Namun jarang jumpa
semuanya ada

0 ulasan:

Catat Ulasan