Jumaat, 6 Mei 2011

Pulang Jua Keris Darah Dahaga... (cerita keris laksamana 6)

apabila genap tujuh purnama
kembalilah semula keris darah dahaga
tersisip kemas bersama sarungnya
terkejut laksamana sambil berkata...

"Pulang jua berserta isinya
Tidak gentar badai menimpa
Ulangkan semula kata menteranya
Samakah, atau berlainan bicara
Andai sama, berkecailah dada
Andai tidak, pergi bersemadi semula
Tidak ingin, digengam pada yang tiada
Biar merana, asalkan ada bahagia"


dibawanya semula ke makam bahagia
duduklah bisu keris darah dahaga
ingin berkata tiada suara
ingin bergerak kaki tiada
ingin dirindu rupa tiada
ingin bercinta, akhirnya binasa

0 ulasan:

Catat Ulasan