Jumaat, 6 Mei 2011

Laksamana Menjadi Laksamana... (cerita keris laksamana 5)

setelah hilang bulan purnama
melangkahlah laksamana menyelam samudera
mencari permata bernama mutiara
hendak dijadikan kalung mentera
katanya...

"Laut dalam terpancar cahaya
Indah terpesona namun tiada
Hanya nama dibeza-beza
Tetaplah air nama asalnya
Bukan itu bicara kata
Masih ada nama asalnya
Telah terukir kalung mentera
Dari sebutir dipanggil mutiara
Menjadilah kalung darah dahaga
Pulanglah kembali keris lama"


bermandi laksamana dimalam gelita
meneruskan hajat menolak bencana
digagahi kaki memetik keris darah dahaga
melangkah semula menjadi laksamana

0 ulasan:

Catat Ulasan