Jumaat, 17 Disember 2010

Sejarah Menjelajah Penawar 7... (Ombak Pukullah Daku)

Ombak laut menderu
Menampar gelombang rindu
Membibitkan bunga cinta bertemu
Bersatulah tanpa rasa jemu

"Wahai! ombak
Usahlah kau berkocak-kocak
Memaksa aku bertenggek tegak
Memang sudah suratan cinta terpacak"

Dulu ku sangka kau hilang
Tenggelam bersama pekat malam yang datang
Rupanya sesat hidup ku tidak terbilang
Mujurlah ombak datang dengan tenang

"Wahai! ombak ingatkan aku
Imbaskan kembali kenangan lalu
Saat aku buntu, tanpa hala tuju
Kau tampar ku, sehingga menghala kepadamu"

Namun kini
Aku resah menanti
Kerana itu, pukullah daku sekali lagi...

0 ulasan:

Catat Ulasan