Khamis, 16 Disember 2010

Belayar Mencari Penawar 26... (Hilang Madah Pujangga)

Sukar untukku membariskan kata-kata
Bagai hilang madah pujangga
Dikocak gelombang lautan
Hingga terpaku, semalaman

Aku renung gelora yang wujud
Agar menitis titisan pelangi
Namun apakan daya
Menitis pula titisan sepi

Hinggaplah mentari indah berseri
Membisikkan diruang kalbu
Engkaulah cinta rindu
Tiada setanding pujanggamu
Apabila...

Saat erat kasih bersimpul
Memekarkan kuntuman bunga di jambangan
Dikala itu jua
Aku rebah dibungkus tanah
Hanya airmata mengalir
Meneruskan perlayaran mencari penawar rindu

1 ulasan:

  1. Insan itu paling mulia kejadiannya
    dalam dirinya ada terkandung
    1001 jenis ramuan penawar
    adun bancuhlah ia semahu mu
    dan aman tenanglah hidup itu
    lepas dari kabus bebas dari kabur

    BalasPadam