Ahad, 31 Oktober 2010

CintaMu... (nekadku)

Aku cuba meredah ombak samudera...
Kedengaranlah desiran gelombang lautan...
Menyeru agar kembali ke sana...
Namun bagaimana?
Jika ombak acapkali menolak kesini...

Aku mengira rintik-rintik yang datang...
Agar kenal satu persatu butir menerpa...
Namun acapkali...
Bilangannya bertambah semakin bertambah...
Hingga aku semakin gundah, gelisah...

Aku gagahkan bahtera...
Berterusan dan berterusan...
Hingga malam menjelma siang...
Pagi bertukar petang...
Hingga hilang satu persatu tiang-tiang bahtera...
Melayang gugur entah ke mana...
Tinggallah rangka berterusan melangkah...
Akhirnya reput dimamah masa...

Tinggallah...
Aku disini tetap disini...
Memerhati bahtera yang hilang entah ke mana...
Yang tinggal hanya sejarah...
Nekadku memburu cintaMu...
Aku gagahkan jua...
Kerana Kau nakhodaku...

0 ulasan:

Catat Ulasan