Jumaat, 15 Oktober 2010

Apa Itu Belayar Mencari Penawar?

Sebelum aku terangkan apa makna Belayar Mencari Penawar. Sudah hampir 3 tahun aku cuba belajar bagaimana hendak menyelami perasaan dan kehidupan manusia. Dan dengan cara madah inilah aku belayar/belajar apa erti-ertinya kehidupan. Ada juga yang bertanya apa yang aku cari dalam hidup ini. Kerana melihatkan madah aku tiada arah tuju, kadang-kadang kekiri dan kadang-kadang ke kanan.

Belayar Mencari Penawar merangkumi segalanya. Apa pun makna dan erti ada didalamnya. Maksud yang aku cuba ketengahkan adalah sebuah kehidupan bernama manusia. Belayar/mencari boleh dikatakan belajar, perjalanan atau seerti dengannya. Penawar disini adalah keseronokan, kegembiraan, kedukaan, kepiluan, kemarahan dan apa yang termaktub dalam makna penawar, mencari sebab semua ini terjadi.

Dalam Belayar Mencari Penawar. Aku banyak menggunakan nama "aku" sebagai ganti diri yang pertama. "aku" disini bukan bermakna aku. telah aku terangkan tadi, aku cuba hendak menyelami perasaan dan kehidupan. kerana itu aku gantikan dia menjadi "aku". jadi disini "aku" itu adalah dia bukan aku. dan begitulah sebaliknya "kau" "dia" dan sebagainya.

Belayar Mencari Penawar seringkali mengunakan lautan sebagai tempat. itu kerana luasnya lautan menandakan luasnya kehidupan. Tanpa kira warna, tanpa kira bangsa, agama dan sebagainya. Lautan juga boleh dikatakan ilmu yang merangkumi segala-galanya. "Ombak" digunakan sebagai ganti kepada ujian, dugaan, kepayahan, kesukaran dan seerti dengannya. "bulan","bintang", "Matahari" pula digunakan untuk menghidupkan suasana, menambahkan ujian atau sebagainya. Dan "hujan" digunakan sebagai kesedihan.

Madah yang lainnya pula (tiada meletakkan tajuk belayar mencari penawar) adalah pecah-pecahannya. supaya aku bisa merasa bagaimana mengolah ayat, bagaimana perasaan manusia dan sebagainya. pada awalnya belayar mencari penawar hanya meletakkan angka untuk menunjukkan kesinambungannya. tetapi kini, aku meletakkan tajuk kecil supaya mudah memahami apa ceritanya.

Apa itu belayar mencari penawar? perjalanan seseorang bernama manusia. adakalanya tersasar, adakalanya lurus adakalanya berbagai-bagai. contahnya apabila seseorang berada ditengah lautan bertahun-tahun lamanya. apa yang difikirkan?

0 ulasan:

Catat Ulasan