Khamis, 16 September 2010

Hilang Diselubungi Awan, Ditikam Ombak Tajam...

Dalam samar-samar malam...
Aku lihat awan...
Bagai menyelubungi...
Berdiri...

Ia datang...
Rapat, semakin rapat...
Seolah-olah, menghilangkan...
Hilangkan aku tatkala...
Sepi...

Ombak tidak berhenti...
Menikam-nikam bahtera...
Seakan-akan cuba...
Menghunuskan senjata...
Tepat ke nadi...
Mati...

Namun...
Kerana senjatanya...
Terjadi dari setitik air...
Mengalir, yakini suci...
Aku mampu...
Berdiri...

Dilautan aku berdiri...
Melihat awan...
Melihat ombak...
Dari mana datangnya...
Sentiasa beredar...
Mengikut aturan...

Namun aku...
......
Hilang...

2 ulasan:

  1. Hilang dalam sedar
    sedar dalam fana
    ghaib menjadi nyata
    nyata menjadi tiada
    hakikat itu hanya Dia
    Dialah dimana jua
    Dialah bagaimana jua
    Selagi Dia masih di dada
    Berkunci mengerak segala.

    BalasPadam
  2. Benar sungguh katamu...
    Walau begerak kemana jua...
    Dia sentiasa ada...
    Semakin rapat...
    Sehingga tidak kelihatan...

    Selagi ada Dia...
    Begeraklah nadi memujiNya...

    BalasPadam