Selasa, 15 September 2009

Diamlah Aku Di Dalam Neraka 2...

Bangkit dari mimpi alpa...
Terbayang wajah dicermin kaca...
Rindu mendakap cinta di ikat...
Bertandang bersua di alas sejadah...
Muka ditadah kehadapan Dia...

Dosa terhapus angkara Thaubat...
Bermain kerianganlah semasa berlayar...
Memintas ombak tersenyum pula...
Sehingga alpa bertandang muka...
Muka tercalar dosa dipikul...

Tidak sedar bahaya menimpa...
Ada batu dirempuh jua...
Telah dikata jangan lupa...
Batu itu ada dimana mana...
Walaupun kau kekasihNya...

Kerana aku telah menerima...
Azab dari yang maha Esa...
Setelah aku menduakanNya...
Kini diamlah aku didalam neraka...

4 ulasan:

  1. huh...payah...

    APA PUN KITA RAYA DULU!!!ekh salah...pegi umh aku dulu...ada ucapan n kad raya...pegi la amik...posmen tak nak antar..dah mogok..

    BalasPadam
  2. Suhaila-ab...

    terima kasih...
    jika aku ada kaki...
    aku akan berlari...
    jika aku ada tangan...
    aku akan mencapai...

    tetapi bagaimana...
    jika ini semua...
    Dia punya...
    pinjam perlu pulang...

    selamat hari raya....
    moga tenanglah dikau untuk selamanya...
    bersama Dia dihati...

    BalasPadam
  3. salam Dhamah,

    Mari, atas nama Tuhan yang agung
    dan rahman, kita hulurkan dua tangan,
    dan sejuta hati kita bersalaman dari
    denyutnya yang paling
    tenang dan dalam

    Selamat Hari Raya — dari kami sekeluarga
    Maaf zahir dan batin, nampak dan tak
    nyata, dari hujung ke hujungnya

    p/s: nak duit raya pakcik Dhamah ..
    pinta anak-anakku ..hehe

    BalasPadam
  4. abuyon....

    tangan dihulur...
    sejuta kemaafan dipinta...
    andai ada silap dan salah...
    terlepas kata tidak diundang...
    mohon ampun kepada dirimu...
    aku sentiasa melakukan kesilapan...
    biasalah manusia sentiasa alpa...

    ps...
    nak duit raya datang er kenduri kawin aku...
    heheheee....

    BalasPadam