Selasa, 14 Julai 2009

Usahlah memaksa diri...

Kalimah dilafazkan menuju…
Tepat mengena disisi diri…
Aku percaya pada yang satu…
Malah berdiri ditapak duri…

Usahlah melihat jika buta…
Mencari pula bayang yang tiada…
Sesat jalan lain menjelma...
Mati pula didalam neraka…

Usahlah mendengar jika tuli…
Cukuplah sekadar mengenal diri…
Hidup didunia hanya Fantasi...
Akhirat jua tapak Realiti...

Usahlah berkata jika bisu…
Mati sahaja diri menjadi batu...
Tidak berganjak walau disiku...
Tampak berani kerana bersatu...

Usahlah memaksa diri berlari..
Menuju distinasi cahaya sinarNya…
Carilah dulu siapa diri...
Barulah syurga datang terlaksana...

0 ulasan:

Catat Ulasan