Selasa, 14 Julai 2009

Biarlah mati berganjak tidak sekali...

Kesatkan air suci mengalir pergi...
Agar ia tidak mengganggu kekalahan ini...
Teguhkan diri gerak kembali...
Angkatlah senjata berperang lagi...
Usahlah takut syurga sentiasa menanti...

Biarlah pedang terhunus dihati...
Melangkah mengalah tidak sekali...
Diajar mengunakan kalimah ini...
Kau Ya Allah penguat langkah ini...
Aku berani kerana Kau disisi...

Biarlah darah mengalir membasahi...
Jiwa pahlawan berganjak lari tidak sekali...
Aku rela mati demiMu Illahi...
Kalimah saktiMu sentiasa terucap dihati...
Supaya Engkau melihat hambaMu teguh mendekati...

Biarlah mati Allah tetap dihati...
Melari pergi jangan sekali...
Muhammad mengajar menjadi berani...
Kuatkan langkah peganglah pedang sampai mati...
Kerana pahlawan mencintai Agama suci...

Kemenangan menyusur kini...
Mendekati setiap pahlawan berani...
Berjuang hingga mati tidak dipeduli...
Kerana iman kau kelihatan suci...
Biar kalah disini...
Disana telah terbukti kemenagan yang abadi...

0 ulasan:

Catat Ulasan