Jumaat, 10 Julai 2009

TIADA HAD BATASAN AKAL

Adakah benar akal manusia terbatas... jika benar akal manusia terbatas... ini membuktikan manusia setaraf dengan makhluk lain yang diciptakan Allah... kerana makhluk lain yang hidup selain manusia sahaja memiliki akal yang terbatas... lihatlah kehidupan manusia yang mampu menyelami dan mendalami apa sahaja yang ada didunia… tetapi manusia hanya menggunakan untuk mendapatkan nikmat dunia semata-mata bukan untuk mendapatkan kehidupan di akhirat… ini terjadi kerana banyak mementingkan kekayaan daripada kesejahteraan di akhirat… apabila akal fikiran hanya berfungsi kepada sesuatu yang difikirkan akal hanya dapat mengetahui sesuatu yang difikirkan tanpa menitik beratkan kalimah dan penyampaian yang telah Rasul terapkan… jika mengikut setiap langkah dan perjalanan Rasul utusanNya sudah tentu akal fikiran makin terbuka untuk menjadikan diri bersih dan suci supaya makin taat dan patuh kepada perintah Allah… hati yang kotor tidak mampu membersihkan fikiran yang jumud... walaupun Allah mampu memberikan hidayah tanpa petunjuk... memberikan ilmu tanpa belajar... tetapi sehingga bila sanggup menunggu... adakah ajal maut itu menunggu supaya mendapat hidayah... seperti kata imam Al-Gazali... “Saya hairan manusia sangat mengutamakan kebersihan dan keindahan tubuh sedangkan hatinya tidak mereka bersihkan dari kotoran-kotoran batin dan maksiat, padahal Allah hanya memandang hati mereka sebagaimana firman Allah... Surah Asy-Syams ayat 7-10... Demi jiwa serta penyempurnaannya... maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketakwaanya, sungguh beruntung orang yang menyucikannya (jiwa itu)... dan sungguh rugi orang yang mengotorinya..." kebaikkan dan kejahatan sentiasa ada untuk melihat sejauh mana ketaatan dan ketakwaan menuju Allah... kerana itu perlu hati disucikan dengan melakukan kebaikkan dan ibadat supaya akal dapat berfungsi dengan baik serta betul... Allah tidak memaksa untuk meneroka kalimahNya dengan begitu mendalam cukuplah sekadar yang termampu akal untuk menembusinya... lalu niat dan amal berlumba-lumba untuk melakukan kebaikkan semata-mata kerana Allah... bukan lagi kerana dunia dan kemewahan yang sementara... menjadi takwa kepada Allah lalu Makrifat kepadaNya...

“perumpamaan-perumpamaan itu, Kami gambarkan untuk manusia, tetapi tiada yang memahaminya, melainkan orang-orang yang berilmu…”
Surah Al-Ankabut (labah-labah) ayat 43…

Haiwan melakukan aktiviti makan, minum, tidur dan sebagainya seperti yang sedia ada mengwujudkan normal sesebuah kehidupan... seperti itu juga manusia... tetapi haiwan tidak dapat membuat atau memproses sesuatu untuk dijadikan alat untuk memudahkannya melakukan sesuatu perkerjaan… jika ada itu hanya kecenderungan untuk haiwan itu memahami persekitaran alam... berbanding manusia yang mampu mencipta sesuatu yang hebat… akal fikiran yang jumud akan percaya kepada saintis-saintis yang mengkaji sesuatu tetapi tidak akan percaya kepada mereka yang mengkaji untuk berjalan disisi Allah… sama mengkaji tetapi mengapa akal yang jumud percaya kepada saintis-saintis sedangkan mereka hanya mengkaji sesuatu kerana duit, harta dan dunia… tetapi yang berjalan disisi Allah mengkaji semata-mata untuk kembali kesisiNya… ini terjadi apabila fikiran jumud telah dibuang dan disucikan dengan sebenar-benarnya membuatkan semakin rapat lalu kembali kepada Allah… cairkanlah yang jumud supaya mudah menerima untuk kembali jua kepada Allah dan menolak apa sahaja yang akan membuatkan jauh dari Allah… Allah berfirman... “Dan sesungguhnya Aku telah menciptakan engkau dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Aku lebih dekat kepadanya daripada darah yang mengalir dari urat leher...” Surah Qof ayat 16... tetapi mengapa pula merasa jauh dari sisiNya... inilah yang terjadi apabila kejahatan dan kesombongan banyak meresap kedalam hati dan mengumpulkan sesuatu kealpaan didalam ingatan untuk mengingati Allah... Rasulullah s.a.w. bersabda... “Barangsiapa yang semakin bertambah ilmunya tetapi tidak bertambah hidayahnya, maka dia semakin jauh dari Allah...” rapatkanlah kepada Allah seperti mana firmanNya diatas yang menunjukkan Allah rapat daripada darah di urat leher... kebaikkan akan datang apabila sentiasa menginsafi atas perbuatan yang mungkar... inilah yang diajar oleh para Rasul utusanNya... jangan dipendamkan niat yang suci untuk kembali kepada Allah kerana malu atau takut dipersendakan... Allah sentiasa menerima sesiapa sahaja yang ingin megunjungiNya... malu hanya menambahkan lagi kepahitan untuk mendapatkannya... Rasulullah s.a.w. bersabda... “Keimanan itu mempunyai enam puluh lebih cabangnya... Adapun perasaan malu melakukan maksiat adalah salah satu dari cabang keimanan...” malu melakukan maksiat akan mendapat pahala... tetapi malu kerana mencari agama akan mendapat apa... biarlah disekeliling berkata kerana dengan niat yang suci pasti nanti hina akan menjadi mulia... Allah tidak akan membiarkan kekasihNya dihina dan dicemur... akan dibantuNya jua untuk mendapatkan kemuliaan yang kekal berpanjangan menjadikan Makrifat sebagai satu kekuatan untuk berpegang teguh kepadaNya... asalkan tidak lupa berdoa dan beramal untukNya semata-mata... adakah sanggup melihat apabila dibakar disana nanti... tidakkah sayang untuk membiarkan terseksa dan merana disana... panjatkanlah doa, melangkahkanlah kaki untuk menuju kepadaNya... sesungguhnya Allah maha besar pengampunannya...

“bahkan ia beberapa ayat yang terang di dalam dada orang yang berilmu… dan tiada yang menyagkal ayat-ayat kami, kecuali orang-orang yang zalim…”
Surah Al-Ankabut (labah-labah) ayat 49…

Terbatasnya akal fikiran disebabkan selalu mengambil sambil lewa sesuatu perkara dan takut untuk memasuki sesuatu ruang yang mengerikan… sedangkan setiap perjalanan dilakukan semata-mata kerana Allah… tidak salah berfikir atau mengkaji sesuatu yang diluar kawalan tetapi perlulah mengetahui mengapa perlu mencarinya dan perlulah mempelajarinya dengan guru-guru yang Allamah (berilmu luas)… jika mencari semata-mata kerana Allah… sudah tentu Allah akan membukakan ruang untuk meneroka… tetapi jika mencari kerana inginkan kekayaan dan menjual segala apa yang didapati semasa mengkaji sudah tentulah akan dipadamkan Allah untuk akal fikiran menyelinap dan menyelam kedasar-dasar yang tidak kelihatan… ilmu itu luas dan dalam... Sabda Rasulullah s.a.w. dari Umar r.a... “Semua amal perbuatan itu adalah berpunca dari niat dan bagi setiap orang itu adalah menurut apa yang diniatkan...” bersihkanlah niat supaya Allah melihat yang bersih dan suci lalu berani mengatakan dengan kebenaran yang kukuh dan kekal dengan menyebut Tiada Tuhan Selain Allah... perlukah memilih dunia yang sementara dan meninggalkan akhirat yang kekal untuk selamanya... mana yang harus dipilih keseronokan yang sementara atau keseronokkan yang kekal berpanjangan... telah terang Rasulullah s.a.w. bersabda... “Cinta terhadap dunia adalah sumber segala dosa...” jadi perlukah seseorang muslim itu meninggalkan akhirat lalu mendekati dunia... tidak salah jika mencari sumber pendapatan yang tinggi tetapi perlulah mengikut apa yang telah diwahyukan didalam Al-Quran mahupun kitab yang benar datangnya dari Allah... usahlah mengikut manusia yang sombong dan bongkak... seperti firman Allah... “mereka itu tuli, bisu dan buta tetap tidak kembali kepada kebenaran...” jadilah manusia yang memahami perjalanan dunia yang saban hari ingin menipu supaya menjadi semakin jauh dari Allah... kuatkanlah akal fikiran untuk menjadi insan yang berguna demi agama yang suci dan bersih...

“di antara orang-orang mukmin ada beberapa lelaki yang menepati apa yang telah dijanjikannya kepada Allah, maka diantara mereka ada yang telah sampai ajal (mati) dan di antara mereka ada yang menanti-nantikannya, dan mereka tidak menukar (janji) dengan tukaran apapun…”Surah Al-Ahzab (persekutuan beberapa suku) ayat 23…

para Ulamak telah membuat kajian dan sependapat bahawa zikir baik untuk kecergasan akal fikiran dan mampu mengingatkan sesuatu yang sukar untuk di ingatkan… disebabkan itulah Rasul menerapkan supaya sentiasa berzikir kepada Allah… supaya akal fikiran sentiasa terbuka untuk mengingati Allah dan dapat membersihkan fikiran jumud yang meresap kedalam… apabila sentiasa berzikir untuk mengingati Allah sedikit sebanyak merangsang akal fikiran untuk sentiasa taat dan patuh kepada Allah… dan disitulah akan hadirnya fikiran yang bersih dan suci supaya dapat menyelami kalam-kalam Allah… Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya... “Janganlah kamu banyak berbicara tanpa berzikir kepada Allah, kerana sesungguhnya itu mengakibatkan hati menjadi keras... Sesungguhnya orang yang paling jauh dari Allah ialah orang yang berhati keras...” untuk membuang fikiran jumud bukan sesuatu yang mudah… perlu adanya keinsafan dan penolakkan untuk melakukan pekara-perkara yang mungkar… diganti pula dengan fikiran yang sentiasa ingin melakukan kebaikkan dan sentiasa berfikir adakah sesuatu yang dibuat itu akan diterima Allah atau sebaliknya… bukan mencampur adukkan yang haram dengan yang halal… itu sudah melanggar undang-undang ilmu Syariat… perlu mengetahui apa yang ada dalam Ilmu Syariat dan menariknya ke dalam Ilmu Tarikat seterusnya membawa untuk mengetahui hakikat sebenar apa yang dilakukan dengan memasuki ke dalam Ilmu Hakikat barulah akan mengetahui apa yang terjadi apabila sudah bertemu ke dalam Ilmu Makrifat… dan seterusnya yakin sebenar-benar yakin tanpa ada was-was untuk menyebut kalimah Tiada Tuhan Selain Allah, Muhammad Benar Rasul Allah... Rasulullah bersabda maksudnya... “Sesungguhnya orang yang paling aku kasihi di sisiku ialah seorang mukmin yang keadaannya serba sederhana, tetapi rajin mengerjakan ibadah, dia baik dalam beribadah kepada Allah dan selalu taat kepadaNya secara diam-diam...”
“sesungguhnya Kami jadikan apa yang di muka bumi sebagai perhiasannya, supaya Kami uji, manakah di antara mereka, orang yang lebih baik amalannya…”
Surah Al-Kahfi (Gua) ayat 7…

semua insan didalam perjalanannya ingin mencari keredaan Allah… walaupun beribu tahun mencari jika hati masih lagi inginkan dunia dan kekayaan tidak pada akhirat susah untuk mendapatkannya… bukan bermakna tidak boleh melakukan aktiviti untuk mencari sumber pendapatan... bekerja dan melakukan aktiviti harian bertujuan mencari rezeki untuk keluarga dan anak-anak itu merupakan tanggungjawap yang dituntut dalam islam… sahabat Rasulullah yaini Abu bakar ada menyebutkan... “tidak diterima Allah amalan seseorang itu jika masih membiarkan isteri dan anaknya dalam keadaan meminta-minta...” ada sesetengahnya melakukan tanpa kebenaran yang benar disisi Allah dengan terus menerus melakukan ketaatan kepada Allah siang dan malam sedangkan tidak bertanggungjawap atas keluarganya… adakah elok jika menghadap Allah dengan keadaan yang tidak bertanggungjawap… Allah bertambah murka untuk melihat insan yang melakukan ibadah tanpa kebenaran dan ilmu yang benar-benar berada disisiNya… mencari rezeki untuk keluarga adalah suatu perintah dari Allah jika tidak melakukan bagaimana adakah Allah akan menerima apa yang diusahakan… jika mencari rezeki tidak akan membuatkan akal fikiran melupai Allah sedangkan setiap masa perlu mengingati diriNya… jika ada fikiran yang sering mengingatkan Allah sudah tentu akal fikiran itu akan dibersih dan disucikan untuk sentiasa melakukan sesuatu yang akan membuatkan Allah bertambah sayang dan kasih… Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya... “Sesungguhnya Allah membenci mereka yang berlagak fasih dalam berkata-kata, yang mempermainkan lidahnya bagaikan lembu memainkan lidah...” usahlah sombong hanya kerana sesuatu yang ada didalam, tiada didalam insan lain... semua insan yang dijadikan dalam dunia ini adalah sama tiada beza walaupun sedikit... lelaki dan wanita sama tarafnya dipandangan Allah... tidak usahlah bangga dengan nikmat yang dipinjamkan Allah kerana esok akan berlainan dengan apa yang ada dihari ini... carilah sahabat yang berpegang teguh kepada ajaran agama yang murni dan membawa terus kepada Allah... dengan adanya sahabat yang sentiasa mengingatkan kepada Allah akan membuatkan fikiran yang jumud itu cair lalu menjadikan suci dan bersih tiada lagi yang tinggal untuk mencacatkan akidah sebagai muslim yang setia kepada ajaran Allah... Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya... “Nilai seseorang itu dapat diukur dari tahap agama yang dipegang oleh sahabat karibnya... oleh itu berhati-hatilah memilih sahabat dalam pergaulan...” jika hendak menjadi insan yang taat dan patuh kepada Allah carilah sahabat yang mampu memberikan ketenangan dan dapat membuka fikiran untuk terus menuju kepada Allah...

“Maka Maha Tinggi Allah, raja yang sebenarnya… janganlah engkau bersegera (membaca) Al-Quran, sebelum habis wahyuNya (ilmuNya) kepadamu… katakanlah : Ya Tuhanku! Tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan…”Surah Taahaa ayat 114…

akal fikiran tiada batasan untuk meneroka kalam-kalam Allah... tetapi bagaimana cara untuk mendapatkan barakah yang mampu memahami dan mendalami kalam-kalam Allah... Kekasih Allah memahami dan mampu membawa fikiran terus kepada Allah tanpa memikirkan nikmat dunia yang sementara... kekasih Allah hanya memikirkan untuk bersama Allah... kerana perbezaan itulah akal fikiran mampu meneroka dengan lebih mendalam akan kalimah-kalimah yang terkandung dalam kitab Allah... dengan adanya niat yang bersih suci ditambah dengan amal-amal yang soleh akan adanya barakah yang diberikan Allah untuk akal fikiran menyelinap dan mengetahui rahsia-rahsia besar Allah... Rasulullah bersabda... “Orang yang paling berbahagia di hari kiamat kelak kerana mendapat syafaatku ialah orang yang mengucapkan kalimah Laa ilaaha illallah dengan ikhlas dari lubuk hatinya atau dari dalam jiwanya...” ikhlaskanlah hati, tanamkanlah kekuatan untuk terus melangkah menuju kejalan Allah yang satu... akal fikiran yang kuat mengingati Allah akan membantu menenagkan jiwa dan memudahkan perjalanan untuk menembusi kedalam lautan yang luas dan dalam supaya langkah makin deras untuk membuatkan hati teguh berpegang kepada kalimah Allah “laa ilaallah illallah” menjadi barakah agar perjalanan lurus lalu menjadi kekasih Allah yang mengharapakan ketulusan dan keiklasan... apabila sentiasa mengingati Allah akan terpancarlah karamah yang berbentuk ilmu pengetahuan ataupun kasyaf... terjadinya karamah ini bukanlah atas usaha memperlajari ilmu-ilmu tertentu atau zikir tertentu supaya karamah ini hadir... tetapi karamah datang kerana ketaatan dan istiqamah yang kuat kepada Allah... di dalam perjalanan menuju kepada Allah dilarang mencari karamah... “Uthlubil istiqamah walaa tahlubil Karamah... maksudnya carilah istiqamah, dan jangan mencari Karamah”... hakikatnya karamah itu adalah istiqamah... siapa yang mencari istiqamah akan mendapat karamah tetapi siapa yang mencari karamah belum tentu akan mendapatkan istiqamah... Rasulullah s.a.w. bersabda... “Sekali-kali Allah tidak akan menerima sesuatu amalan yang di dalamnya terdapat sebesar biji sawi dari sifat riak...” tidak perlulah dalam perjalanan untuk dekat kepada Allah tercalit didalam hati untuk mendapatkan karamah sebaliknya cukuplah sekadar mendapat barakah untuk menunjukkan perjalanan ini benar-benar menuju kesisiNya...

“Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa...pastilah Aku akan bukakan atas kau pintu-pintu barakah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Aku) itu, maka Aku siksa mereka disebabkan perbuatannya...”
Surah Al-A’raaf atay 96...

didalam perjalanan mencari ilmu Allah perbanyakkanlah amal yang mampu mendorong menguatkan akal fikiran untuk terus taat dan patuh kepada setiap perintahNya tanpa memperdulikan apa-apa yang akan membuatkan perjalanan ini tergantung atau menjadi liku yang mampu menyesatkan... Surah Al-Fatihah adalah surah pembukaan untuk memudahkan perjalanan menuju Allah... “...tunjukilah kami ke jalan yang lurus... iaitu jalan yang telah Engkau berikan nikmat-nikmat kepada mereka… sedangkan mereka itu bukan orang-orang yang dimurkai dan bukan pula orang-orang yang sesat…" Surah Al-Fatihah (pembukaan) ayat 6 dan 7… Ingatlah! Al-Fatihah adalah ibu segala ibu doa dan telah dibaca tujuh belas kali sehari didalam lima waktu untuk berdoa kepada Allah supaya menunjukkan jalan yang benar bukan pula jalan yang sesat... tetapi mengapa masih terlupa yang selalu disebutkan didalam lima waktu itu adalah doa supaya Allah menunjukkan jalan yang lurus... adakah perjalanan ini lurus disisiNya atau berliku-liku berjalan disisiNya... Ingatlah! siapa yang taat kepada Allah dan RasulNya tidak mementingkan dunia sebaliknya mementingkan akhirat yang akan kekal selamanya... Allah berfirman... “Sesungguhnya Aku telah melarang semua kekasihKu masuk ke dalam syurga sebelum engkau masuk terlebih dahulu... dan Aku juga melarang semua umat memasuki syurga sebelum umatmu memasuki syurga...” barakah daripada Muhammad membuatkan perjalanan menjadi mudah dan ketenangan yang kekal abadi mampu diperolehi dengan hanya berselawat keatasnya... Rasulullah bersabda... “siapa yang berselawat atasku akan dipermudahkan jalan untuk berjumpa Allah...”
“Barangsiapa menjadi musuh bagi Jibril… maka sesungguhnya Jibril itu menurunkan Al-Quran ke dalam hatimu (ya Muhammad) dengan izin Allah, serta membenarkan (kitab) yang sebelumnya dan menjadi petunjuk dan kabar gembira bagi orang-orang yang beriman… barangsiapa menjadi musuh bagi Allah, MalaikatNya, Rasul-RasulNya, Jibril dan Mikail, maka sesungguhnya Allah musuh bagi orang-orang ingkar itu…”
Surah Al-Baqarah (sapi betina) ayat 97-98…

Pasangkan niat yang benar-benar lurus kepada Allah supaya apa yang diniatkan itu benar-benar terhasil dan membuahkan lagi keimanan yang kental kepadaNya... jangan menjadi insan yang sombong dan riak setelah mendapatkan apa yang diniatkan kerana Allah mampu memadamkan kembali apa yang telah diberikanNya... kerana itu perbanyakkan amal supaya terus berjumpa denganNya tanpa dihitung dan dihisab segala amalan yang telah dilakukan hanya disebabkan telah menjadi kekasihNya... akal fikiran yang telah disuci dan dibersihkan menyebabkan perkataan dan perbuatan menyusulinya hingga menjadikan segala-galanya indah dipandangan mata seterusnya menjadi kenangan untuk dikenang apabila sudah kembali kepada Allah... Mursid berpesan... “kenangan yang akan ditinggalkan sesudah matinya adalah perkataan dan perbuatan yang mendorong seseorang untuk mencontohinya...” mencontohi akhlak rasulullah adalah pilihan yang terbaik... carilah jalan yang seiring perlakuan Rasulullah supaya tidak tertimbus dengan debu-debu kotor yang ingin merosakkan dan mengotorkan segala apa yang telah disucikan... berserahlah jalan kepada yang maha kuasa yaini Allah... tiada tuhan selain Allah... hanya Dia sahaja yang mampu memberikan jalan yang tepat disisiNya... dengan adanya akal fikiran yang telah diberikan mampu dijadikan tempat untuk menentukan sama ada benar atau tidak... berdoalah kepada Allah... Dia juga penentu untuk memberikan atau mematikan semua ilmuNya... Rasulullah s.a.w. bersabda.. “barangsiapa yang menghidupkan sunnahku maka sesungguhnya ia mencintaiku dan barangsiapa yang mencintaiku, maka ia bersamaku di dalam syurga...” lakukanlah semua apa yang dilakukan Muhammad jika tidak mampu melakukan kesemuanya cukuplah hanya berselawat keatasnya... barakah daripada Muhammad dapat memudahkan perjalanan didunia dan diakhirat seterusnya mencecah untuk melihat wajah Allah... apabila telah berusaha mendapatkannya teruslah bertawakal kepada Allah untuk menentukan jalan sama ada tepat mahupun tidak... Allah juga yang memberikan...

“Dan sungguh jika kamu bertanya kepada mereka: `Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?`... niscaya mereka menjawab: `Allah`... Katakanlah: `Maka terangkanlah kepadaku tentang apa yang kamu seru selain Allah, jika Allah hendak mendatangkan kemudharatan kepadaku, apakah berhala-berhalamu itu dapat menghilangkan kemudharatan itu, atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, apakah mereka dapat menahan rahmatNya?... Katakanlah: `Cukuplah Allah bagiku`... KepadaNyalah bertawakal orang-orang yang berserah diri…”Surah Az-Zumar Ayat 38…

tiada siapa mengetahui mana yang benar dan mana yang tidak benar jika tiada Al-Quran untuk menjadi petunjukkan ke jalan yang tepat... dan tiada siapa yang mampu melihat Allah... hanya Allah sahaja mengetahui wajahNya... Rasulullah bersabda... “awal-awal agama adalah mengenal Allah... mengenal diri mengenal Allah... mengenal Allah binasa diri... tiada yang mengenali Allah melainkan diriNya sendiri...” terang kalimah yang telah Rasulullah utarakan... tetapi mengapa ada juga yang mengatakan dia tuhan atau sebagainya... inilah yang terjadi sekiranya fikiran jumud telah meresap kedalam hati lalu menjadi hitam dan kotor untuk terus menduakan Allah... kuatkanlah ingatan untuk terus kembali kepada Allah... tiada yang mampu menandingi kuasaNya... sedangkan manusia itu dijadikan, tidak pula mampu manusia menjadikan manusia... Imam Syafie ada menyebutkan tentang ilmu... “ilmu itu terbahagi kepada dua bahagian... bahagian pertama ilmu untuk orang umum dan bahagian kedua ilmu untuk orang khusus... ilmu umum adalah wajib untuk orang yang baligh dan waras akalnya harus mempelajarinya seperti sembahyang, puasa, halal dan haram dan sebagainya menurut ilmu didalam islam yang dibawa Rasulullah sehingga tidak mungkin salah dan tidak mungkin keliru serta tidak mungkin diperselisihkan... ilmu khusus adalah terdiri dari ilmu atau masalah yang tidak disebutkan oleh nash Al-Quran juga yang sebagian besarnya tidak ada nashnya dalam As-Sunnah kecuali hanya sedikit... Ilmu ini adalah ilmunya orang-orang khusus, bukan ilmunya orang-orang awam, yang mengandungi kemungkinan dapat ditafsir dan diqiyas (ilmu yang tiada dalam Al-Quran) ilmu itu terdiri dari beberapa jenis, di antaranya ada ilmu yang mengandungi lahir dan batin yang dibawa oleh orang-orang khusus yang mengetahuinya daripada wahyu untuk mereka menjadi taat dan patuh kepada perintah Allah...” perbezaan inilah menjadi perbalahan antara orang umum dan orang khusus...sedangkan kedua-duanya sama sahaja didalam ilmu Allah... ada sesetengahnya apabila mengetahui sebahagian ilmu menjadi riak dan takbur lalu menganggap dirinya telah jauh menuju Allah padahal hanya mengagak tanpa bukti yang nyata seperti firman Allah... “berkata mereka : aku telah beriman kepada Allah, padahal mereka tidak pernah beriman kepada Aku, mereka hanya berdusta dan ingin menipu orang-orang beriman, padahal sedikit pun mereka tidak dapat menipu orang-orang beriman, dalam hati mereka akan Aku letakkan perasaan was-was…” syitan sentiasa menghasut manusia supaya jauh dari Allah oleh itu perbanyakkanlah berdoa dan beramal supaya Allah akan menolong untuk terus menuju kepadaNya... tidak akan Allah menyesatkan mereka yang ingin menuju kepadaNya tetapi mereka yang sesat kerana mengikut sesuatu tanpa ilmu pengetahuan... kerana itulah perlunya ilmu didalam beramal kepada Allah... “bagaimana pula untuk mengenali Allah jika tidak beramal dan bagaimana untuk beramal jika tidak mengenali Allah...” disinilah akal fikiran berfungsi untuk mencari jalan supaya mengetahui kemana dan dimana arah untuk dituju... bukannya melakukan dengan membuta tuli tanpa mengetahui sesuatu yang dilakukan... adanya Ilmu Syariat, Ilmu Tarikat, Ilmu Hakikat dan Ilmu Makrifat lalu mengtauhidkannya menjadikan satu... terbentanglah jalan menjadi Makrifat kepada Allah... hanya insan yang benar-benar tepat niatnya disisi Allah mampu mendapatkannya... jangan merosakkan sesuatu hanya kerana inginkan kekayaan... menjualkan apa yang telah diberikan Allah kepadanya atas dasar kekayaan... tidak beruntung seseorang itu jika kaya didunia tetapi akhirat menjadi insan yang pertama memasuki neraka... Rasulullah s.a.w. bersabda “Dosa-dosa besar itu ialah menyekutukan Allah, berani menentang orang tua, membunuh seseorang bukan pada haknya dan bersumpah palsu...” usahlah mempelajari ilmu semata-mata untuk bangga dan riak kepada manusia yang tidak mengerti... tidak berguna ilmu itu dipandangan Allah hanya menambahkan lagi kemurkaanNya...

“Ingatlah! Sesungguhnya mereka itu berbuat bencana tetapi mereka tidak sedar… dan apabila dikatakan kepada mereka : berimanlah kamu sebagaimana manusia telah beriman, mereka berkata : Adakah kami akan beriman sebagaimana orang-orang bodoh telah beriman? Ingatlah! sesungguhnya mereka itulah yang sebenarnya bodoh, tetapi mereka tidak sedar…”Surah Al-Baqarah (sapi betina) ayat 12 dan 13…

apabila mengkaji dan mencari membuatkan ketakutan itu hadir menerjah di akal fikiran menjadi was-was dan takut jika apa yang dijumpai itu tersasar dari kebenaran… mengapa cepat berundur lalu berhenti disitu hanya kerana hasutan dari syitan yang ingin membuatkan jauh dari Allah... bertanyalah kepada yang lebih arif atau yang mengetahui kebenaran… jangan cepat berputus asa kerana rahmat Allah sentiasa hadir untuk mereka yang benar-benar ingin menujuNya... baik atau buruk sesuatu itu diciptakan oleh Allah mengapa tetap menyalahkan... rukun iman yang ke enam mengatakan percaya kepada qodok dan qadar iaitu ketentuan dan ketetapan yang telah Allah cipta untuk manusia mengerti apa yang ada di alam ini untuk dilihat dan difahami sedalam yang mungkin... Allah menciptakan kebaikkan dan begitu juga kejahatan... Allah berfirman dalam Surah Luqman ayat 17... “Dan bersabarlah kau terhadap apa yang menimpa kau... Sesungguhnya ia merupakan perkara yang memerlukan keazaman (yang kuat)...” terciptanya keburukkan adalah supaya dapat bersyukur apabila hadirnya kebaikkan... jika tiada keburukan didalam alam ini tidak hebatlah kuasa Allah kerana semua akan sujud kepadaNya malah tiadalah dunia ini untuk dijadikan tempat untuk melihat siapa yang paling taat dan patuh kepadaNya... Allahyarham Muslimin berkata... “tidaklah Allah menciptakan dunia untuk permainan sebaliknya untuk melihat siapa yang paling banyak amalan...” berpanyakkanlah amalan yang membolehkan untuk mendapatkan istiqamah yang terpuji hingga menjadi kekasih Allah... jangan biarkan fikiran jumud menguasai kerana akan datangnya keburukkan lalu bertambah banyak dosa yang hadir hingga menjadikan tidak percaya kepada apa yang telah diberikan Allah… tiada siapa mengetahui kebenaran sesuatu itu melainkan Allah… kerana untuk bermegah dengan apa yang telah didapati untuk mengatakan dia berada ditempat yang benar lalu memaksa yang lain untuk mengikutinya sedangkan Allah tidak memaksa sesiapa yang hendak mengikutNya atau tidak... lebih baik berdiam dari berkelahi hingga tercetusnya peperangan antara manusia... sabda Rasulullah... “Dengki (hasad) itu dapat merosakkan segala kebaikan sebagaimana api dapat menghanguskan kayu-kayan...” mengapa cepat menyalahkan… mengapa tidak berfikir terlebih dahulu lalu mencari jawapan.... adakah baik jika menuduh… salah disisi agama menuduh tanpa mengetahui kebenaran… janganlah mencari dosa tetapi ketahuilah apa itu dosa supaya tidak melakukannya… jika hendak menjadi hamba yang patuh dan taat kepada Allah perlulah mengetahui semua yang telah disampaikan Rasulullah lalu menjadikan itu sebagai pegangan untuk terus berjalan menuju Allah… barulah semakin rapat kepada Allah dan menjadi insan yang paling taat dan patuh kepada perintahNya…

“Maka berzikirlah kau akan Aku supaya Aku menyebut akan kau dan syukurilah oleh kau akan Aku dan jangan kamu ingkari akan nikmatKu...”
Surah Al-Baqarah Ayat 152...

sentiasa bersolat dan berpuasa kepada Allah akan menambahkan lagi cinta yang mendalam untuk berada sentiasa disampingNya... bukan menambahkan lagi kesombongan kerana menyangka telah dipilih untuk menjadi kekasih Allah... sedangkan ramai lagi diluar sana yang berlumba-lumba untuk menjadi kekasih Allah... siapa yang terpilih didalam berjuta-juta manusia... kerana itu jadikanlah sentiasa dibawah hingga tiada lagi yang paling bawah... dari Jabir bin Abdullah r.a katanya... "satu jenazah berlalu di hadapan Rasulullah s.a.w lalu baginda berdiri... Kami pun berdiri juga mengikut baginda... Kemudian kami berkata... "Ya Rasulullah! Itu jenazah orang yahudi..." Sabda Rasulullah... ”Kematian itu mengejutkan... Oleh itu bila kamu melihat jenazah berdirilah semoga dia tenang disana...” inilah perbuatan Rasulullah yang perlu dicontohi... tidak pernah memandang rendah kepada sesiapa pun walaupun menghadapi kesukaran atau mendapat tentangan yang hebat... sentiasa rendah membuatkan sesiapa sahaja terpikat dengan perilaku yang ditonjolkannya... tidak bangga dan riak dengan ilmu yang telah diberikan Allah malah Muhammad adalah kekasih Allah yang teristemewa menjadikannya terawal untuk menjejaki syurga... nikmat yang telah diberikan Allah kepada insan yang sentiasa rendah dan duduk serendah-rendahnya membuatkan istiqamah meresap kedalam lalu terbuang jauh fikiran yang jumud sehingga syitan takut untuk menghasut... Ibnu Abbas r.a. berkata Nabi saw. bersabda.... "Allah berfirman : sesungguhnya Aku hanya menerima solat dari orang yang merendahkan diri karena keagunganKu dan tiada menyombongkan dirinya di atas makhlukKu... tiada terus menerus bermaksiat padaKu... menghabiskan masa sehariannya berzikir kepadaKu... berbalas kasih kepada orang miskin, orang musafir, ibnussabil, perempuan janda dan orang yang terkena mushibah... Ia bercahaya laksana matahari... Aku lindungi ia dengan kesabaranKu dan memerintahkan malaikatKu menjaganya... Aku berinya cahaya dalam kegelapan dan kesabaran dalam kesukaran... Ia di antara makhluk-makhlukKu laksana “firdaus” diantara barisan surga...” tidak usahlah bercerita mengenai sesuatu yang membuatkan kemarahan tetapi bercerita untuk membuat kesedaran dan seterusnya sujud terus kepada Allah untuk berubah menjadi hamba yang taat dan patuh kepada Allah... semua mampu bercerita mengenai Allah tetapi adakah tepat kesisiNya... sedangkan tiada siapa mampu melihat Allah hanya Allah sahaja mampu melihat diriNya... mengapa bercerita seperti mengetahui adakah untuk mengalahkan kuasa Allah... tiada siapa yang setanding denganNya... walaupun ilmu seluas dan sedalam lautan masih belum lagi mampu mengandingi kuasaNya... oleh itu duduklah dengan serendah-rendahnya agar tiada perasaan riak dan bongkak meyelubungi akal fikiran lalu terhindar dari melakukan maksiat yang nyata mahupun tidak...

“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik.... Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk...”
Surah Al-Nahl Ayat 125…

berjuanglah kejalan Allah dengan sebaik-baiknya untuk menegakkan kebenaran yang telah dibawa kekasih Allah dimuka bumi ini… akan hadirlah hati yang telah Makrifat kepada Allah… Muhammad membentuk Islam atas dasar untuk berjuang kejalan Allah bukan semata-mata untuk dirinya dipuji dan disanjungi... buangkanlah fikiran jumud yang sentiasa menghasut dan sentiasa mempertikaikan kuasa Allah... usahlah mempertikaikan tetapi menghuraikan mengapa terjadinya dan mengapa terciptanya... tidak akan Allah mencipta sesuatu dengan sia-sia... semuanya ada ikhmah dan pengajaran atas segala sesuatu yang terjadi... Allahyarham Babakemudi berkata.... “carilah apa yang ada dan jangan mencari apa yang tiada... tersesat nanti susah untuk kembali... sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang dicarinya...” pelbagai cara untuk berjuang menegakkan kebenaran dengan adanya akal fikiran yang bersih dan suci ditambah pula dengan niat yang tepat menuju Allah akan hadirnya perjalanan yang benar-benar berhasil untuk mengwujudkan keislaman didalam... barulah benar-benar mengatakan “aku telah islam (taat dan patuh) atas perintah Allah... tiada tuhan selain Allah, Muhammad itu pesuruh Allah” inilah yang akan terjadi apabila fikiran jumud telah dibuang sejauh yang mungkin hanya kerana untuk berdampingan dengan Allah selamanya... apabila hadirnya ketaatan dan kepatuhan akan datang pula sufi didalam yang mengatakan “aku rela mati demi menegakkan agama Allah...” seperti firman Allah... “jika engkau benar-benar ingan bersamaKu... matikanlah diri kau sebelum engkau dimatikan... menjadikan engkau tunduk dan patuh atas perintahKu...” keberanian itu akan hadir apabila benar-benar ingin mencari... kerana itu carilah istiqamah bukan mencari karamah... dengan adanya istiqamah yang kental hati dan akal fikiran mampu melawan segala hasutan yang datang untuk menguji sejauh mana cinta dan sayang kepada Allah sehingga tidak lagi menduakanNya...

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman… orang-orang yang berhijrah (mencari) dan berjuang pada jalan Allah… mereka itu mengharapkan rahmat Allah… Allah maha pengampun lagi maha penyayang…”
Surah Al-Baqarah ayat 218…

Sesiapa yang mempunyai pemikiran jumud seringkali mengatakan sesuatu seolah-olah seperti mengetahuinya hanya untuk mendapatkan darjat, pangkat, harta dan kekayaan yang sementara… sanggup menghilangkan keaslian itu semata-mata kerana dunia… kerana inilah Islam makin lama semakin jauh dari landasan sebenar… membuatkan manusia takut untuk mendalami ilmu Allah... ketakutannya hanya disebabkan takut terpesong atau tersasar dari kebenaran yang dibawa Utusan Allah... dengan menyepikan niat suci itu untuk mendalami ilmu Allah... janganlah berkata sesuatu hanya kepada cerita semata-mata tanpa memikirkan soal adakah benar apa yang diterangkan itu mengenai tepat kesasaran… petikan dari kitab Imam Gazali... “Rasulullah bersabda... Yang paling berat menerima seksaan di hari kiamat ialah orang alim yang ilmunya tiada bermanfaat...” telah berulang kali para Ulamak menerangkan tentang permasalahan pemikiran jumud ini… tetapi hanya segelintir sahaja yang mengambil mereka... mengapa membiarkan mereka pergi tanpa menggambil pengajaran dan perjalanan mereka... manusia hanya pandai bercerita tetapi mana yang tepat... selagi fikiran jumud masih ada selagi itulah akal fikiran akan menerima akal yang terbatas... hanya fikiran bersih dan suci sahaja mampu memecahkan fikiran yang terbatas itu... kerana itulah islam membawa suci dan bersih.... Allah berfirman... “berfikirlah manusia yang suka berfikir...”

Islam tidak akan musnah kerana ia suci...
engkau akan mati kerana membenci...
sedangkan telah terang Al-Quran yang nyata...
hari kiamat akan berlaku jika engkau terlupa...

0 ulasan:

Catat Ulasan