Khamis, 9 Julai 2009

TANGISAN MENANDAKAN TAKWA KEPADA ALLAH

Sesungguhnya Malaikat, langit, bumi, bulan dan matahari semua bertakwa kepada Allah… menjadi saksi atas apa yang dilakukan kau… seluruh jasad memberi kesaksian antara baik atau buruk… ada yang berkata… “dia telah melakukan perintah yang telah Engkau berikan… sesungguhnya dia telah berjalan menujuMu…aku senang bersamanya dan dia senang bersamaku...” dan ada juga yang berkata… “dia hanya bergembira didunia hingga melupai Engkau Ya Allah… sedangkan aku sentiasa berzikir mengagungkan Engkau… telah Engkau menciptakan dia lebih sempurna dari ku…perlukah dia tidak bersyukur atas rahmatMu Ya Rahman… tidak rela aku bersamanya walaupun tanggisannya memecahkan pendegaranku…”

“Wahai orang-orang yang beriman… takutlah kepada Allah!... dan hendaklah engkau memperlihatkan apa yang diusahakan esok dan takutlah kepada Allah… sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa-apa yang engkau usahakan untuk hari esok…”
Surah Al-Hasyr ayat 18...

Tangisan demi tangisan didengar dipelusuk neraka merayu-rayu kepada Allah dengan ketakutan… dan sesungguhnya tangisan mereka menambahkan lagi keperitan menempuh azab siksaanNya… berkata Malaikat kepada ahli neraka… “kau menyedari perbuatan yang telah dilakukan… mengapa meminta pertolongan kepada Allah setelah azab dikeluarkan… kau sendiri yang melakukan… dahulu bergembira… bergembira jugalah dihari ini… sesungguhnya jika dibenarkan engkau kembali ke dunia… tidak engkau akan beribadat kepada Allah… sedangkan telah diberi tetap engkau melupakan… manusia itulah syitan yang nyata kecuali mereka yang menuruti perintah dan patuh kepada Allah… sedang mereka bergembia selamanya disyurga…janji Allah telah terkota… lihatlah manusia yang termakan pujukan syitan...” berkata pula ahli neraka… “tidak akan aku ulangi perbuatan dahulu… jika Kau mengizinkan aku kembali kedunia untuk beribadah kepadamu semata-mata… aku telah melihat siksaan azab yang aku nafikan…sesungguhnya Kau Ya Allah aku menyembah kini…” berkata Malaikat… “adakah doa kau akan diterima setelah engkau melakukan kemungkaran yang nyata… kau meminta nikmatNya semata-mata… setelah diberi tidak bersyukur… kau berjalan didunia bersama syitan…kau meminta kepada syitan yang diagungkan… mengapa tidak meminta kepada syitan untuk menolong kau pada hari ini… mengapa pula meminta kepada Allah yang telah engkau lupakan… sesungguhnya syurga hanya untuk mereka yang berjalan menuju Allah… bukan kepada kau yang telah melupakan Allah…”

“sesungguhnya Aku jadikan apa yang di muka bumi sebagai perhiasannya, supaya Aku uji, manakah di antara mereka… orang yang lebih baik amalannya…”
Surah Al-Kahfi (Gua) ayat 7…

Tafakur sejenak mengenang dosa agar jauh dari bahana api neraka… duduk menangis menyesali atas apa yang telah diusahakan… sabda Rasulullah… “bertafakur sesaat itu lebih baik daripada beribadah semalaman…” mengapa kau tetap lupa hanya kerana melihat kecantikan sementara… berfikirlah dimana tempat untuk kembali setelah kau melakukan… bertafakurlah kerana takwa kepada Allah sesungguhnya perbuatan itu dapat menyucikan hati yang hitam dirasuk syitan… apabila hati menjadi suci kembali… nascaya dosa akan lenyap ditelan kesucian hati yang ingin kembali kepada Allah… sesungguhnya Allah adalah tempat kembali sebaik-baiknya… adakah syurga dan neraka adalah tempat kau ingin kembali… bertafakurlah sejenak memikirkannya… sesungguhnya Allah akan memberikan syurga kepada mereka yang taat dan patuh atas perintahNya… adakah kau orang yang telah dijanjikan syurgaNya… ataupun kau adalah salah satu diantara mereka yang ingkar lalu terjerumus ke dalam nerakaNya… siapa yang mengetahuinya sesungguhnya Allah mengetahui siapa yang taat dan siapa pula yang ingkar… menyesallah dahulu sebelum kesana… disana tiada lagi penyesalan walaupun kau sujud menyembahNya semata-mata… dunia ini hanyalah permainan… melihat siapa yang ingin kembali kepadanya atau megah dihidupkan didunia dengan kesenangan dan kekayaan… kaya dengan harta memudahkan lagi menuju ke neraka… kaya dengan ilmu menambahkan lagi rasa cinta yang mendalam untuk kembali kepada Allah… bertafakurlah menggunakan akal pemberian Allah… mana yang kau pilih antara kaya dengan harta ataupun kaya dengan ilmu… bagaimana untuk mendapatkan rahsia ilmu Allah… bertafakurlah dengan tangisan yang lahir dari lubuk hati… tiada siapa mampu memberikan rahsia Allah melainkan Allah… kerana itu mengalirkanlah air mata supaya Allah memberikan rahsia ilmuNya walaupun tanpa belajar walaupun tanpa petunjuk… kerana Kau Ya Allah maha berkuasa atas setiap sesuatu…

“Maka Maha Tinggi Allah, raja yang sebenarnya… janganlah engkau bersegera (membaca) Al-Quran, sebelum habis wahyuNya (ilmuNya) kepadamu… katakanlah : Ya Allah! Tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan…”
Surah Taahaa ayat 114…

Meneroka kalimah Alif… dalam rahsia Allah… meneroka juga kalimah Mim… dalam rahsia Muhammad… tersusun rapi didalam Al-Quran… menitis airmata penyesalan hanya kerana mendengar… Syidina Umar Al-Khatab… tersentap hatinya apabila terdengar kalimah agung dari Allah… memberikan Nur pembukaan perjalanannya menjadi Kalifah yang mantap dan disegani sehingga kini… adakah kau lupa kisah perjalanannya… sesungguhnya Allah tidak akan melupai insan yang mengharungi keperitan menujuNya… dosanya terhapus hanya kerana titisan yang mengalir dari kelopak mata… tangisannya membuatkan syitan berlari ketakutan… mengapa engkau tidak mencontoinya… adakah kerana dunia… sesungguhnya dia juga mengharungi keperitan hidup didunia… mengapa dia mampu melakukan… adakah kerana tangisannya… adakah kerana ketaatannya… adakah kerana perjuangannya… bermula dengan tagisan disertai ketaatan lalu berjuang menegakkan kebenaran… itulah kekuatan insan yang menuju Allah terus menerus… tidak alpa walaupun sesaat… dimulakan dengan tangisan lalu mencari dimana arah untuk kembali… dahulunya menentang keras perjuangan Rasulullah… dengan kalimah yang mantap lantas melenturkan hati yang keras untuk kembali kepangkuanNya… mencari Muhammad untuk mendaki… akhirnya ketemu satu rahsia Wujud… tidak lekang difikirannya untuk bertemu Wujud… dinanti-nantikan saat-saat kematian… sesungguhnya mati itu tidak berpesan… siapa yang menanti pasti mendapat kebahagiaan… itu janji Allah pasti akan dikotakan… perjuangannya membuka ruang untuk kau meneroka lebih mendalam… tetapi mengapa kau melupai perjuangannya… kau membiarkan ilmunya terbuang begitu sahaja… seksanya mengharungi penatnya melangkah menuju… tidak siapa mengendahkannya kecuali Allah… sesungguhnya mereka yang mencontohinya walaupun sebesar biji sawi akan di masukkan ke syurga… Syidina Umar berkata… “semua masuk syurga kecuali dia… aku bimbangi dia adalah aku ini…” hebatnya kekasih Allah… walaupun dijanjikan syurga tetap merendahkan diri… tetap memandang ke tanah tidak pula ke langit… tetap menitiskan airmata apabila bersua Allah didalam solatnya… titisan-titisan airmatanya akan mengalir menjadi sungai didalam syuga impiannya… adakah selama ini tangisan kau mengalir hanya kerana Allah… sesungguhnya Allah mengetahui siapa yang menangis kerana Dia…

“di antara orang-orang mukmin ada beberapa lelaki yang menepati apa yang telah dijanjikannya kepada Allah… maka diantara mereka ada yang telah sampai ajal (mati) dan di antara mereka ada yang menanti-nantikannya… dan mereka tidak menukar (janji) dengan tukaran apapun…”
Surah Al-Ahzab (persekutuan beberapa suku) ayat 23…

Dilangit dan dibumi tiada yang layak disembah melainkan Allah… mengengam kalimah Alif Ha Mim Dal dalam rahsia Allah dalam rahsia Muhammad… jangan dilupakan awal dan akhir… berdoa dengan permulaan Bismillah… diakhiri dengan tiada tuhan melainkan Allah… sesungguhnya siapa yang mengangkat selain Allah binasalah diri dibaham api… sesungguhnya siapa yang mengenal Allah tidak akan mengangkat selain Allah… dan tidak juga mengangkat dirinya sebagai Allah… hanya Allah mengenali diriNya… sesungguhnya siapa yang melihat Allah telah binasa dirinya… dengan tangisan mampu mendalami dan menerokai… adakah ikhlasnya airmata itu mengalir hanya kerana Allah… bukan memaksa ia mengalir bukan pula dipaksa… ia akan mengalir dengan sendirinya bak lautan yang berjalan… siapa yang menjalankannya… siapa yang menciptakannya… manusia itu dijadikan… lihat sahaja air yang diludah… dari mana asalnya… adakah terciptanya dengan sendiri… Allah telah mencipta semuanya peringkat demi peringkat… api, angin, air dan tanah…. bersatu menjadi Wujud… adanya dengan Nur yang terang… sesungguhnya manusia itu tuli, bisu dan buta tetap tidak kembali kepada kebenaran… jika tidak diberikan penglihatan, pendengaran dan percakapan yang datangnya dari Allah… mengapa tidak bersyukur… mata untuk melihat… apa yang telah kau lihat didunia… telinga untuk mendengar… apa yang telah kau dengarkan… lidah untuk bercakap… apa yang telah engkau lafazkan… sesungguhnya dunia hanyalah permainan untuk melihat kau berlumba untuk kembali kepada Allah… kejarlah istiqamah yang kental kepada Allah… lantas karamah hadir bercurah-curah… sabda Rasulullah… “siapa yang didalamnya terdapat sebesar biji sawi dari sifat riak dan sombong… sesungguhnya ilmu itu tidak akan hadir untuknya...” Sesungguhnya Allah mengetahui siapa yang berjalan, siapa yang merangkak, siapa yang duduk dan siapa yang berlari...

Dia menciptakan langit dengan tidak bertiang sebagaimana yang kau melihatnya… dan Dia mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapnya supaya bumi itu tidak menghayun-hayunkan kau... dan Dia biakkan padanya berbagai jenis binatang… dan Dia menurunkan hujan dari langit… lalu Dia tumbuhkan di bumi berbagai jenis tanaman yang memberi banyak manfaat... ini ciptaan Allah… maka cubalah kau tunjukkan kepadaKu apakah yang telah diciptakan oleh makhluk-makhluk yang lain daripadaNya (yang kamu sembah itu)? (Tidak ada sesuatu pun) bahkan orang-orang yang zalim itu berada dalam kesesatan yang jelas nyata…”
Surah Luqman ayat 10 dan 11…

Tersemat rahsia dibalik tangisan… menitis air rahmat mengalir… Malaikat menuju memberi wahyu… antara sedar atau tidak… sesungguhnya Allah tidak memilih… jika engkau menitis kerana penyesalan… lalu menuju deras kembali kepangkuanNya… pintu taubhat sentiasa terbuka… untuk engkau dakap kembali… ingatan yang telah engkau lupakan… dari kekasih menjadi kekasih… setitik air mengalir kerana Allah… seribu dosa melayang menghilang… antara percaya atau tidak… dua pasti menjadi satu… SyariatNya membawa perbuatan… TarikatNya menuju perjalanan… HakikatNya menyelam ke dasar… MakrifatNya terbang lalu menghilang… mengTauhidkannya terpancar NurNya… dakap sufi sembunyi diri… tiada yang layak disembah melainkan Allah… sesungguhnya siapa yang menyembah selain Allah… rugilah bermain permainan di dunia… tiada tempat untuk engkau disini… tiada juga tempat engkau disana… berjuta-juta kehidupan dijadikan… siapa yang taat siapa yang ingkar… ibarat roda yang berputar… diberhentikan hentilah ia… diputarkan putarlah ia… dilajukan lajulah ia mengejar sesuatu tanpa arah tuju… dimana arah tuju kau sebagai manusia… mencari jalan pulang supaya kekal didalam syurga… engkau mengimpikannya… adakah itu sekadar impian atau suatu rahmat untuk bersemuka… mengapa tidak mengejar mentari yang bersembunyi… disebalik mana WujudNya… tangisan memecahkan kegelapan… menjadi terang sehingga silau… airmata jernih datang dari syurga… airmata berkata kepada Allah… “Ya Allah sesungguhnya hambaMu ini telah menangis kerana ingin bersemuka dengan Mu Ya Allah…” lantas Allah berfirman kepada Malaikat… “buka takbir untuknya… bukakanlah takbir dari wajahnya… agar dapat melihat Aku…” Malaikat berkata… “bagaimana untuk membuka takbir untuknya…” Allah berfirman… “bukakanlah takbir untuk kekasihKu… bukakan takbir wajahnya… sesungguhnya kau telah berjuang untuk bersemuka dengan Ku…” janji Allah pasti terkota… percaya kepada Allah adalah tiang utama… jika tiang itu kukuh… kukuhlah setiap apa yang dibina… tidak luntur gentar dengan apa yang menimpa… sesungguhnya Allah sebaik-baik penolong bagi yang percaya…

“katakanlah… Ya Allah… masukkanlah aku ke tempat masuk yang besar… dan keluarkanlah aku dari tempat keluar yang benar dan adakanlah untukku dari sisiMu kekuasaan yang menolongku…”
Surah Al-Israk ayat 80…

Mencari dan dicari dalam perjalanan… dua menjadi satu hingga tiada penghujung… ketemu dan ditemu dalam tangisan… merungkap segala rahsia yang tiada akhirnya… dalam tangisan mengengamlah ingatan kalam suci… Alif Ha Mim Dal… tersimpan kalimah senjata menumpaskan syitan… berserta ilmu yang diberi… aku sebahagian yang ada dilangit dan dibumi… dengan permulaan Bismillah Hirrahman Nirrahim… dalam rahsia Allah… dalam rahsia Muhammad… musnahkan syaitan yang meresap menjatuhkan aku dilembah yang hina… dilangit dan dibumi tiada yang layak disembah melainkan Allah… tersimpan senjata-senjata ilmu rahsiaNya… mempertahankan kalimah Alif… mempertahankan kalimah Mim… dalam rahsia Allah… dalam rahsia Muhammad… aku sujud meminta pertolongan… pertahankan aku dari syitan direjam… kuatkan gengaman dalam ingatan… api, angin, air dan tanah aku darinya… meminta pertolongan dari Allah… berserta jasad yang dicipta… bersatu mengalahkan musuh-musuh Allah yang direjam… kembalilah ketempat asalmu… lenyaplah syitan dengan kalimah Alif Ha Mim Dal… bersama kejahatan yang dibawanya… dengan permulaan Bismillah Hirrahman Nirrahim… syitan adalah musuh yang meyesatkan… siapa syitan yang dipanggil syitan… sesungguhnya syitan itu dari bangsa jin dan manusia… syitan diciptakan dari api yang membara panasnya… kerana itu syitan mengatakan… “Kau menciptakan manusia dari tanah… aku Kau ciptakan dari api… mengapa perlu aku sujud kepadanya… sedangkan aku lebih hebat darinya…” kata-kata syitan terlalu sombong dan bongkak sehingga lupa asal kejadian manusia… Allah berfirman… “keluar kau dari syurga Aku… kau tidak layak berkata kepada Aku… sesungguhnya Aku paling sombong dari engkau… sehingga engkau terkeluar dari rahmatKu…” lantas dengan sombong syitan berkata… “aku akan keluar dengan syarat… akan aku sesatkan manusia sehingga hari kiamat melanda… kecuali mereka yang menuruti segala perintah Kau…” Allah berfirman… “kau tidak layak mengaturkan syarat untuk Aku… kerana engkau telah Aku sesatkan… maka ambillah mereka yang berpaling dari rahmatKu… akan Aku masukkan ke dalam neraka jahanam engkau berserta mereka… sesungguhnya rahmatKu terlalu dekat untuk mereka yang menangis kerana takwa kepadaKu… tidak akan aku benarkan kau mengganggu mereka… jika mereka meminta pertolongan kepadaKu…” syitan berkata… “aku meminta kepada Engkau yang menjadikan aku…dengan kesesatan yang Engkau berikan kepada aku… aku tidak akan mati sehingga hari kiamat malah aku bertambah kuat untuk menyesatkan manusia… jika mereka mengikut aku…maka mereka adalah sebahagian daripada aku… jika mereka tidak menuruti kesesatan aku… maka tidak akan aku menganggunya kerana rahmatMu terlalu dekat kepada mereka…” Allah berfirman… “jika itu pilihan engkau pergilah kau bergembira didunia… dunia tempat kegembiraan untuk kau seketika… akhirat kegembiraan selamanya untuk mereka yang bertakwa dan patuh kepada Aku… tidak akan Aku biarkan engkau menyesatkan kalifah yang Aku cipta untuk diri Ku sendiri...” dengan tangisan mampu menghindarkan syitan yang ingin menyesatkan… itu janji Allah… mengapa kau sentiasa bergembira hingga lupa menitiskan airmata… Allah berfirman… “dunia tempat gembiranya ahli neraka dan akhirat tempat gembiranya ahli syurga…” sesungguhnya Allah maha adil dalam segala urusanNya… tidakkah engkau memikirkannya…

“…supaya Dia membalasi orang yang berbuat jahat… kerana perbuatannya (yang jahat)… dan supaya Dia membalasi orang yang berbuat baik dengan kebaikkannya…”
Surah An Najm ayat 31…

Berlegar-legar mencari ketenangan… di barat menyelongkar tidak ketemu… ditimur meredah tidak ketemu… akhirnya berjumpa dihujung air mengalir… disitu terpancar rahmatNya… kisah bermula apabila Zun Nun Al-Masri masuk ke Masjidil Harram dan melihat seorang pemuda telanjang jatuh sakit dan menampakkan hatinya sedang menangis… kemudian Zun Nun hadir menghampiri ditanyakan soalan kepada pemuda itu… “Siapa engkau wahai pemuda…” dijawapnya dengan pelahan… “aku ini orang asing sedang dilamun rindu…” Zun Nun tersenyum kerana mengetahui maksud hatinya lalu berkata… “aku sama sepertimu…” pemuda itu menangis dan Zun Nun pun turut menangis kerana tangisan pemuda itu… pemuda itu bertanya “Apakah engkau menangis…” Zun Nun menjawab… “Aku sama sepertimu…” kemudian pemuda itu menangis dengan lebih kuat lagi sehingga tercabut rohnya… lalu Zun Nun selimutkan pakaiannya kepada pemuda itu lalu keluar mencari kain kafan… setelah mendapatkan kain kafan kembali semula Zun Nun ketempat itu namun tidak menemui pemuda itu di tempatnya… Zun Nun lantas berkata… “Maha Suci Allah…” lalu terdengar suara Hatif berkata… “Wahai Zun Nun… sesungguhnya orang asing itu dicari syitan tidak bertemu… dicari pemilik harta tidak ketemu… dicari keredhaan di syurga tidak ditemui…” kemudian Zun Nun bertanya… “di mana dia sekarang…” lalu terdengar Zun Nun suara Hatif berkata… “di majlis yang benar… disisi Allah yang maha berkuasa…” Surah Qamar ayat 55… disebabkan kecintaan, ketaatan dan taubhatnya penuh tangisan… sepertimana yang tertera didalam kitab Zahrir Riyadh… Muhib iaitu orang yang menyintai Allah… sedikit pergaulan… banyak menyendiri… selalu berfikir… banyak berdiam… banyak menangis… tidak melihat ketika memandang… tidak mendengar ketika dipanggil… tidak faham apabila diajak berbicara… tidak berduka apabila ditimba bencana… ketika kelaparan tidak mengerti… ditimpa telanjang tidak merasa… bila dibentak tidak takut… dipendekkan cerita selalu memandang kepada Allah dalam penyendiriannya… suka bermunajat kepadaNya serta tidak memperdulikan ahli dunia… didalam kitab Al-Muntaha pula menyebutkan tentang Mahabbah… iaitu dia memilih kalam kekasihnya daripada ucapan selainnya… dia memilih berdampingan dengan kekasihnya daripada berdampingan dengan selainnya… dia memilih kerelaan kekasihnya daripada kerelaan selainnya… didalamnya juga mengatakan… “sesungguhnya tangisan itu menyingkap segala takbir dan membuka semua rahsia…” tangisan pengubat kegelisahan hati… terpancar rahmat tidak diduga… jangan dilupa kisah Mansur Al-Hajjaj… kerana beliau pencinta Al-Hak… sesungguhnya telah ditahan lapan belas hari Mansur dipenjara… Asy Syibli telah menziarahinya lalu berkata… “wahai Mansur… apakah Mahabbah itu…” Mansur menjawap… “jangan ditanya pada aku hari ini tetapi tanyalah pada esok sahaja…” keesokkan harinya Mansur dikeluarkan dari penjara untuk disalib dan dibunuh… ketika itu Syibli lalu dihadapannya… Mansur berkata… “wahai Syibli… Mahabbah itu awalnya terbakar dan akhirnya terbunuh…” kenyataan itu dirasakan oleh Mansur sendiri… setelah nyata nama Allah dia melupakan namanya sendiri… sehingga apabila ditanya… “siapa engkau…” maka dia berkata… “akulah Al-Hak…” sesungguhnya rahmat Allah dekat kepada mereka yang taat…

“pada hari dimana harta dan anak tidak bermanfaat kecuali orang yang datang kepada Allah dengan hati yang selamat (membawa iman dan thaubat dalam tangisan)…”
Surah Asy Syura ayat 88 hingga 89…

Telah dijanjikan syurga tetap menangis… telah diberikan anugerah tetap menangis… itulah Rasulullah seringkali berdoa… “Ya Allah berikanlah aku rezeki dua airmata yang menangis kerana takut kepada Engkau sebelum airmata ini habis…” mengapa perlunya menangis… diriwayatkan oleh Muhammad bin Munzir… apabila menangis beliau mengusapkan airmata ke muka serta janggutnya sambil berkata… “telah aku dengar bahawa api tidak akan menjilat muka yang basah oleh air mata…” dalam kitab Zahrir Riyadh… sesungguhnya Rasulullah bersabda… “ketika telah masuk ahli syurga… mereka disambut oleh para Malaikat dengan segala kebaikkan dan kenikmatan… dipersilakan untuk mereka singgahsana berpermaidani indah… disajikan untuk mereka segala rupa makanan dan minuman yang lazat… oleh itu mereka menjadi kehairanan… kemudian Allah berfirman… “wahai hamba-hambaKu mengapa engkau hairan… ini bukan tempat untuk kau berasa hairan…” Rasulullah juga mengatakan… “Api neraka tidak akan menjilat wajah yang pernah menangis kerana takut kepada Allah…” telah diriwayatkan didalam kitab Raqaiqil Akhbar… pada hari kiamat seorang hamba akan dipanggil oleh kerana amalan buruknya lebih banyak… maka diperintahkan dia masuk neraka… kemudian sehelai rambut dipipinya berkata… “Ya Allah… utusanMu Muhammad pernah bersabda… barangsiapa yang menangis kerana takut kepada Allah maka Allah haramkan mata itu dalam neraka… dan sesungguhnya aku telah menangis kerana takut kepada Engkau…” lalu Allah mengampuni dan menyelamatkannya daripada api neraka berkat sehelai rambut… kemudian Malaikat berlari mengumumkan “dia telah selamat… dia telah selamat… berkat sehelai rambut…” dari itu jagalah segala apa yang telah dikurniakan Allah kepada kau… jangan pula menokok tambah apa yang diciptaNya… semoga semuanya akan berkata kepada Allah pada hari kiamat… “dia melakukan kebaikkan keatas aku… maka berilah berkat yang telah engkau janjikan… dari airmata ku yang mengalir…” sesungguhnya tiada wali selain Allah… tiada yang dapat membantu kecuali Allah… sesungguhnya semua merayu kepada Allah… mengapa engkau tidak…

“sesuatu yang ada disisimu akan habis dan apa-apa yang ada disisi Allah akan kekal… demi nanti akan Aku balasi orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah kau amalkan…”
Surah An-Nahl ayat 96…

0 ulasan:

Catat Ulasan