Rabu, 29 Julai 2009

Cinta Tiada Sempadan Halangan…

Hati terluka kegelisahan…
Meronta-ronta kerinduan…
Ingin mencari belaian…
Kemana dimana arah perjalanan…
Untuk menemui satu ungkapan…
Cinta tiada sempadan halangan…

Terpukau detik-detik kesetiaan…
Hampir punah ditelan sepihan kaca bertaburan…
Hampir muntah diluahkan saki-baki kesahduan…
Apakah daya melenakan mata dipertengahan…
Untuk mencari satu kesetiaan…
Cinta tiada sempadan halangan…

Melihat burung-burung berterbangan…
Berlegar-legar mencari pasangan…
Ingin meluahkan hasrat sekian lama tersimpan…
Mengapakah tiada yang sudi berteman…
Untuk berbicara bahasa kerinduan…
Cinta tiada sempadan halangan…

Melemparkan madah penuh kecintaan…
Mencari siapakah akan menjamah lauk dihidangkan…
Apabila lalat hinggap mengotorkan keadaan…
Bilakah semua akan kembali kepangkuan…
Untuk bertemu melepaskan kerinduan…
Cinta tiada sempadan halangan…

Akan kekalkah cinta keduniaan…
atau menunggu masa diluputkan…
Apabila langit tidak lagi mengatakan…
Terbanglah air menjadi satu iaitu awan…

0 ulasan:

Catat Ulasan