Khamis, 30 Julai 2009

Bahasa-bahasa kerinduan…

Bahasa-bahasa kerinduan…
Mengajar menyelami kesunyian…
Menembus ruang kegelapan …
Membentuk satu keperibadian….
Mengengam rahsia digengaman…

Bahasa-bahasa kerinduan…
Merungkaikan setiap pertemuan…
Dijelaskan tanpa halangan…
Meneguhkan ikatan kesetiaan….
Berdiri sempurna pegangan…

Bahasa-bahasa kerinduan…
Bukan sengaja dilemparkan…
Bukan bermadah sebarangan…
Hadirnya bukan hiasan…
Semata-mata menerangkan….

Bahasa-bahasa kerinduan…
Tidak menelan kemanisan…
Tidak memuntah kepahitan…
Gengamnya lantas menyatukan…
Amanlah ditempat persemadian…

Bahasa-bahasa kerinduan…
Sematkanlah benih percintaan…
Melimparkan segala khayalan…
Membuka gerbang pertemuan….
Kau Aku Dia disatukan…
Dalam babak percintaan…

0 ulasan:

Catat Ulasan