Rabu, 21 Ogos 2013

Sujud...

Hati gelisah dihamparan sejadahduduk sujud dilambung gundah;
Baris di susun lajur dicipta
dipaparan bentangan arus lata.

Dibuka diri berdepak tangan
berulang-ulang atasan bawahan;
Gigil pandang anggota diam
mulai sujud melihat dalam.

Mematak kata tepat tajam
di arah celik kini pejam;
Jujur kata tanpa sangsi
tidak pernah terdedah dibiarkan basi.

Di harus hidup
membiak litup;
Rapat-rapat hingga tidak melihat
awal diukir telah terpahat.

Allah berfirman;
"Sujudlah kamu kepada Adam;
maka mereka sujud melainkan iblis"

0 ulasan:

Catat Ulasan