Rabu, 21 Ogos 2013

Mencapai Takbir...

Seharian aku berfikir
menguntum ukir rangkap-rangkap zikir;
Namun hanya kelihatan si fakir
sengaja mengosongkan untuk mencapai takbir.

Sampai masa pasti henti
bibit mesra mencuit hati;
Lintang pukang dipalu belati
aku lihat telapak tangan sikitpun tiada cahaya sakti.

Hatiku sakit
bak terputus tali-tali menyatukan buluh untuk dibuat rakit;
Aku gagahkan kaki memanjat bukit
aku pastikan ketemu biarkan tidak bangkit.

Syukur di siniku pijak
dapat maju mundur penuh lajak;
Sakitku, aku tahu Dia Maha bijak
tidak perlu mengalunkan alunan memukau sajak.

0 ulasan:

Catat Ulasan