Rabu, 21 Ogos 2013

Khilaf

Khilafku berdendang
saat muncung bertendang;
Api marah marak
membakar hingga sarak.

Benar jujur
khilaf terlanjur;
Bukan niat menghembus
membiarkan kau terkambus.

Setiap insan
pernah terpelecok lisan;
Khilaf saat kealpaan.

Maka, menyusun jari,
Akan aku aku kejar, biarpun gunung tak akan lari.

Kerana setiap khilafku
tetap dikira satu-satu;
Maka ampunkan aku.

0 ulasan:

Catat Ulasan