Rabu, 21 Ogos 2013

Kabarkan, Ceritakan, Tumbuhkan...

Wahai ombakkabarkan padaku sesuatu merebak
tanpa ia terjebak
ke lembah penuh api sebak.

Wahai lautan
ceritakan padaku penuh kepastian
tanpa ada sepalit tompokkan kehitaman
moga kekal mengenal erti awalan akhiran.

Wahai rimba
tumbuhkan di dadaku suatu ilmu yang menimba
datang bertimpa-timpa tanpa gugur hiasan gaba-gaba
yang pasti ia bukanlah semata untuk menghasilkan laba.

Tanpa perjalanan meredah satu-satu
adakah aku akan tahu?

Biarpun kembara minda, biarpun kaki langkah
biarpun hanya rasa, biarpun duduk kalah;
Semua itu punya cerita, bukan sekadar direka
pastilah tidak akan bergerak boneka;
Andai tiada hembusan dari yang Maha Esa.

0 ulasan:

Catat Ulasan