Khamis, 18 April 2013

Kias Pujangga Madah...


Tidaklah ia keluar
dari corong-corong hitam
bak malam tanpa bintang
mendung mencurahkan hujan

Tak sia ~ Aku curah air
mentanak lautan bergema ombak
rahsia disimpan dalam indah
duka datang membuka segala

Sapalah aku ~ pujangga madah
namun jangan katakan
pada rangkap ke-tiga
aku takut hilang rangkap empat

Sapalah aku ~ pujangga madah
katakan rangkap ke-tiga
ada di rangkap ke-dua
empat hilang bertemu lima

Aku genggem lima penjuru
bagai ikan dikait
lemas ia kerana air
mustahil tiada dirangkap pertama

Matinya kerana hitam
tidak kelihatan cahaya bulan
hidupnya kerana putih
jangan kata malam tiada bintang
yang buta itu kau bukan dia

0 ulasan:

Catat Ulasan