Isnin, 15 April 2013

Hujan Gertuk...

Hujan menurunkan gertuk,
seakan cuba mematuk,
pada keras batu kian lentuk.

Mungkinkah masa sudah suntuk,
hingga menutuk ~ agar berbentuk,
tidaklah terhantuk apabila mengantuk.

Terus hujan... memaksa aku batuk,
berbunyi keletuk ~ keletuk.

Seakan parang latuk,
bebalang pada bongkah yang telah direka bentuk.

nota : Segmen Bahasa 1

0 ulasan:

Catat Ulasan