Khamis, 25 April 2013

Bercakaplah Rangkap...


Kini semakin mengerti
hari kian henti
~ pasti

Ya Allah
andai malam menjelma lurah
menitik-nitik bara merah
izinkan rangkap
terpacul dan bercakap

Dimana lena akan pergi
dalam gelap sunyi;
Mengapa hilangnya pagi
bertukar rangkap suram mati.

Lemas di arena berombak kaca
tertutup dan terbuka;
Bak meniti batu di celah batu
setiap satu ~ ada seribu
dalam seribu penuh sebu
ditarik sakit bahu.

Ibarat lautan bersama airnya
dikira hanya menyakitkan kepala
kau tidak akan dapat bilangannya
walaupun kau cuba dan cuba
tanpa ada setitik pun putus asa
hanya kau terima ~ tiada...

0 ulasan:

Catat Ulasan