Isnin, 18 Februari 2013

Tidurlah Sayang...


Dakap aku
dalam tidurmu sayang
biarpun burung helang
terbang garang

Telah aku cuba
lepaskan lena yang meruncing
biarpun hujung daun kering
melenting-lenting
tidak berjalan seiring

Tidak akan putus dua
air mengalir dicelah bata
biarpun arus dihalang
biarpun arus ditentang
tidurlah sayang
biar aku jaga tombak yang datang

Cinta kita
ibarat langit dan bumi
ingin mengenggam hati
hujan mencurah membasahi
menjadi penolong
agar tengahnya tidak lopong

0 ulasan:

Catat Ulasan