Ahad, 17 Februari 2013

Satu...

Di sini kita
membelah laut gelora
dengan perasaan curiga

Salahkah antara kita punya beza?
biarlah malam dan siang
gelap dan terang
mendakap harinya dengan tenang

Hanya kerana jariku bengkok
jari kau menunjuk tegak
aku ditolak
sedang kita sama-sama
menadah meminta kasihNya

Aku punya jalan
Kau punya haluan
Kita sama-sama kedepan
tidak usah menyalahkan

Satu kali satu tetap satu
apabila ia mengeluarkan
jawapan yang membezakan
maka, tolak tambah bahagi
menjadi dalangnya

0 ulasan:

Catat Ulasan