Khamis, 31 Januari 2013

Kembali Menyedari...


Telah aku cuba
tanpa kecewa
namun tidak juga jumpa

Dipepasir pantai aku berlari
mengejar ombak yang bermain
Sekejap ada
Sekejap tiada

Memaksa melangkah ke hadapan
menangkap memeluk selimpah air
Aku sedari
Sekuat mana genggaman
terlerai jua ikatan

Air ombak yang bermain
hari ini aku kembali
berdiri dihadapanmu
Bukan untuk memeluk
Bukan untuk mengejar
hanya cuba menahan setiap asakanmu

Kerana aku sedari
akan kata-kata pujangga
"Tidak perlu membina bahtera,
Jika berfikir lemas dihujung sana."

1 ulasan: