Khamis, 6 Disember 2012

Kerana Aku...


Dan melakar kasih kita
Hanya di barisan kata
Antara nyata mahupun tiada kita
Mendung tetapkan menjelma
Acapkali pasti akan ada
Hujan membasahkan rupa

Sayu hiba air luka
Yang menyentap jiwa

Ingin berenang lautan mutiara
Fakir di tapak penuh buta
Fakir menyelongkar ruang cinta
Lontaran kelam warna membiaskan rupa
Ada di dalam balik-balik takbir bergema
Hadir terselindung kerana aku di cipta

0 ulasan:

Catat Ulasan